Ahad, 12 Februari 2012

Desakan popular, Nik Aziz, Hadi terus bertanding

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkemungkinan besar akan terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana ahli peringkat akar umbi menyokong padu kedua-dua tokoh itu.

NONEAbdul Hadi, yang sebelum ini meluahkan hasratnya untuk tidak bertanding, hari ini berkata beliau lebih cenderung menumpukan perhatian bagi mempersiapkan PAS menghadapi pilihan raya, tetapi keputusan muktamad adalah dengan parti.

"Saya telah jadi wakil rakyat selama 30 tahun dan ahli parlimen lebih 10 tahun, jadi saya harap akan diberi lebih banyak masa memberi tumpuan kepada parti itu, kali ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali, yang duduk bersebelahan beliau, menyapa dengan berkata, "tetapi keputusan parti, kita tidak akan benarkan ini berlaku."

Kenyatan itu disambut gelak ketawa daripada kedua-dua pemimpin itu, termasuk daripada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

PAS hari ini juga mengumumkan bahawa parti itu telah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya yang dijangkakan akan diadakan pada bila-bila masa tidak lama lagi.

Tiada ulasan: