Isnin, 20 Februari 2012

BN Bukan Talam Dua Muka, Kata Rahman Dahlan

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Naib Presiden Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan partinya mengamalkan sikap 'talam dua muka' selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan bahawa undi untuk Pas adalah undi kepada DAP.

Abdul Rahman berkata, kedua-dua pandangan tersebut adalah konsisten sambil menegaskan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai peneraju utama Pakatan Rakyat (PR) sudah tidak berupaya untuk mengawal dasar ekstrem Dap dan Pas.

Katanya, ini kerana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi mampu untuk menapis pandangan-pandangan yang ekstrem daripada Pas dan DAP.

"Ada yang mengatakan bahawa BN ni tak konsisten...kalau PR menang, MCA kata Pas akan mendominasi dalam PR dan UMNO pula kata DAP pula yang akan dominasi pentadbiran PR," katanya memberitahu AntaraPos.com.

"Kalau kita tengok pandangan Pas seperti mereka akan minta pandangan yang agak ekstrem dari segi keagamaan itu diterjemahkan dalam pentadbiran PR. (Manakala) DAP pula minta supaya (hak) kesamarataan dan dasar bumiputera itu dihapuskan. Jadi itu adalah pandangan-pandangan yang ekstrem dalam konteks politik Malaysia skerang ini." ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam laman twitternya bahawa PKR tidak menjadi lemah apabila berdepan dengan Pas dan DAP, tidak seperti BN apa yang dikatakan adalah sebagai satu suara.

Mengulas lebih lanjut kenyataan beliau itu, Abdul Rahman berkata ulasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek bercanggah kerana kedua-duanya hanya menyentuh isu tersebut berdasarkan pandangan individu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud turut membidas pengkritik yang mempersoalkan mengapa Umno cuba mengusahakan perbincangan perpaduan dengan Pas jika BN menganggap parti tersebut adalah exkstremis.

Tegasnya, walaupun ada usaha perbincangan sedemikian diadakan namun ia tidak bermakna Umno berhasrat membentuk kerajaan bersama Pas.

Kelmarin, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS dan membuka jalan bagi parti itu menjadi "taiko" dalam kerajan negeri dan persekutuan.
Katanya DAP memberi janji palsu kepada pengundi Cina bahawa sebuah kerajaan yang diterajui orang Cina boleh menjadi kenyataan di Malaysia dan mendakwa masyarakat Cina di negara ini telah ditipu oleh MCA.

Najib pula sebaliknya berkata setiap undi yang diberikan kepada Pas adalah undi yang akan memperkukuhkan lagi DAP, sekaligus mendatangkan bencana kepada masyarakat Islam di negara ini.

Tiada ulasan: