Jemaah Menteri, akan mengkaji semula masalah pelajar yang menerima tajaan biasiswa JPA yang enggan pulang berkhidmat untuk negara berasaskan undang-undang sedia ada sebelum dilaksanakan.Baca kenyataan di bawah.
JERANTUT-Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara yang enggan kembali berkhidmat di negara ini selepas menamatkan pengajian akan diminta membayar balik dengan nilai penuh biasiswa termasuk dikenakan faedah.
“Jika kabinet bersetuju, bekas pelajar tajaan JPA yang sudah bekerja di luar negara akan diwajibkan membayar balik semua perbelanjaan berkenaan termasuk faedah”, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini semalam.
Mohamed Nazri berkata, kebanyakan pelajar tajaan JPA yang enggan pulang menuntut di universiti di Eropah serta Amerika Syarikat dan menerima biasiswa di antara RM 400,000 dan RM 1.2 juta seorang.
“Sewajarnya golongan berkenaan patut mengenang budi kerajaan yang memberi biasiswa dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional tertentu di luar negara”, katanya.
Memang ramai yang diikutkan, hatta rakan-rakan penulis sendiri masih lagi bekerja di luar negara sehingga sekarang.Dan kebanyakan mereka ini memberi alasan yang sama untuk tidak pulang bekerja di Malaysia, iaitu, tarikan gaji dan pendapatan yang tinggi yang ditawarkan di luar negara, berbanding negara sendiri.
Tidak dapat kami nafikan disini, tanggan gaji di luar negara, sememangnya sangat mewah.Kita ambil Akauntan sebagai contoh, sekiranya mereka pulang bekerja di Malaysia, rata-rata mereka akan bermula dengan tangga gaji dari RM 2500-RM 4000, berbanding sekiranya mereka bekerja di luar negara untuk jawatan yang sama, di mana mereka menerima purata GBP 2500 sebulan atau GBP 30,000 setahun belum termasuk lagi elaun-elaun lain.
Kalau ditukar kepada matawang Malaysia, purata sebulan gaji mereka adalah RM 12,250!.Untuk kami ambil kira bagi mereka yang baru mula bekerja.Kalau dah ada pengalaman sampai 5-10 tahun, adakala pendapatan mereka setahun adalah dari GBP 40,000-GBP 80,000, iaitu RM 196,000 setahun atau RM 16,300 sebulan!
Kepada sesiapa yang mempunyai peluang pun, pasti tidak akan melepaskan sesuatu seperti ini tanpa alasan yang munasabah.Di mana, dengan kadar gaji yang lebih tinggi dan kuasa beli yang lebih besar, pastinya pelajar-pelajar ini kurang minat untuk menabur bakti di negara sendiri.
Nak marahkan sangat pelajar biasiswa JPA yang bekerja luar negara ini pun,kadangkala kerajaan juga perlu main peranan penting. Ada juga kes rakan kami yang ingin pulang menabur bakti selepas belajar, namun selepas 6 bulan pulang tanpa mendapat pekerjaan, akhirnya beliau kembali ke luar negara selepas mendapat tawaran bekerja di sana.
Bagi kami, sekiranya kerajaan mampu menyediakan pekerjaan dan juga memberikan opsyen yang lebih menarik kepada bekas pelajar biasiswa JPA ini, mereka juga turut tidak keberatan untuk pulang.Selepas lama di rantau orang, ada juga mereka yang sudah mula menjadi tidak patriotik dan mula mengagungkan negara lain dan mengeji negara kelahiran sendiri.Ini merupakan apa yang kami nampak.
Walauapapun, pada pendapat kami, memang wajar sekiranya pelajar-pelajar terbabit pulang ke negara untuk menabur bakti.Kerajaan jug perlu lebih serius dalam memastikan tenaga-tenaga profesional ini pulang.Jangan asyik nak tekan dan paksa sahaja.Setiap permasalahan, ada cara penyelesaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan