Selasa, 7 Jun 2011

Melayu Lembah Kinrara tetap bersama DAP

Harakahdaily



PUCHONG: Ahli DAP Lembah Kinrara yang disertai oleh orang Melayu menafikan mereka keluar parti itu dan menyertai Umno.

Menurut pengerusi baru DAP cawangan itu, Azhar Shapawi , hanya beberapa orang sahaja iaitu keluarga dan rakan terdekat bekas pengerusi DAP cawangan Lembah Kinrara, Pak Harun bin Abdul Wahab yang menyertai Umno.

"Saya bersama dengan rakan-rakan Melayu DAP di Lembah Kinrara ingin menegaskan bahawa kami langsung tidak pernah dimaklumkan tentang penyertaan kami ke dalam UMNO, dan kami merasa hairan kenapakah Pak Harun bin Abdul Wahab mengheret kami tanpa kebenaran dan pengetahuan kami," kata Azhar Shapawi dalam kenyataan medianya.

Mengikut siasatan beliau, hanya beberapa ahli sahaja yang menjejaki Pak Harun untuk menyertai Umno, iaitu keluarga dan beberapa kawan terdekatnya, tetapi kami yang lain masih kekal keahlian kami di dalam DAP.

Selepas berita tentang Pak Harun keluar daripada DAP disebarkan, ia sebaliknya telah menarik lebih ramai orang kampung di Lembah Kinrara untuk menyertai DAP, katanya.

Ini menunjukkan ramai orang kampung memang tidak setuju dengan pendirian bekas pengerusi Cawangan Lembah Kinrara ini.

Ramai orang Melayu di Kg Lembah Kinrara memang tidak ada masalah dengan YB Teresa Kok dan juga DAP, dakwa beliau.

Mengikut laporan akhbar, Pak Harun berkata tidak ada sebarang peruntukan diberikan kepada Kampung Lembah Kinrara dan YB Teresa Kok tidak memberi bantuan kepada orang kampung.

"Ini adalah kenyataan yang tidak benar kerana Teresa Kok memang pernah turun padang ke kampung kami dan prihatin dengan keadaan Kampung Lembah Kinrara," katanya.

Menurut Azhar, Di antara program yang Teresa Kok pernah anjurkan untuk orang Kg Lembah Kinrara termasuk:-

* 1. Majlis Berbuka puasa di Kg Lembah Kinrara

* 2. Sambutan Hari Raya dan sumbangan kepada warga emas dan orang-orang miskin

* 3. Sumbangan buku latihan sekolah(600 naskah buku) sempena program ‘ Back to School’

* 4. Seminar Keusahawanan untuk orang Melayu dari Kg Lembah Kinrara dan Puchong di Bukit Jalil Golf Club

* 5. Tuisyen Percuma kepada pelajar SPM di Lembah Kinrara

* 6. Bantuan Skim Mikrokredit untuk peniaga kecilan (11 orang daripada Kg Lembah Kinrara mendapat bantuan ini termasuk Harun sendiri

* 7. Sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sempena Hari Ibu

Selain daripada program di atas, katanya, Teresa Kok juga telah membaikpulih longkang yang telah roboh di Kg Lembah Kinrara demi mengelakkan banjir.

Tiada ulasan: