Khamis, 23 Jun 2011

Ibrahim Ali “bebas”, Ambiga diugut bunuh

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali patut dikenakan tindakan mahkamah dan bukannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diajukan sesetengah pihak berhubung ancaman beliau terhadap kaum Cina baru-baru ini.

Ketua Pembangkang DAP Lim Kit Siang berkata, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat telah lama berpendirian bahawa ISA yang menghalalkan penahanan tanpa bicara perlu dimansuhkan.

“Lebih baik jika Ibrahim Ali dikenakan tindakan melalui mahkamah kerana menghasut untuk mengadakan perang saudara di Malaysia,” katanya.

Ibrahim Ali pada perhimpunan anjuran Perkasa 19 Jun lalu telah mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman di mana beliau telah menghina wanita dan agama Hindu, mengancam kaum Cina dan mengisytiharkan dirinya sebagai “jeneral perang” semata-mata kerana takut kepada perhimpunan aman Bersih 2.0.

Justeru itu, Kit Siang mempersoal sama ada Presiden Perkasa itu telah menjadi kuasa baru dalam UMNO sehingga ancaman beliau itu tidak dilihat sebagai berbahaya oleh kerajaan Malaysia.

“Ibrahim itu badut bertauliah – apa yang penting ialah peranan Ibrahim sebagai kuasa sebenar dalam UMNO yang beliau ‘wakili’ sehinggakan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, dan Ketua Polis Negara seperti tidak ada fungi,” tambahnya.

Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur menasihatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar supaya melepaskan jawatan mereka kerana gagal mengawal keadaan.

Menurut beliau, Hishammuddin dan Ismail gagal melakukan apa-apa tindakan atau siasatan terhadap Ibrahim walau pun perkara itu sudah belalu lebih tiga hari.

Secara berseloroh, Kit Siang berkata beliau sendiri akan menghantar rakaman video Ibrahim Ali kepada Hishammudin dan Ismail jika mereka belum menonton video perkauman tebal tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah diugut untuk dibunuh melalui satu sistem pesanan ringkas (SMS).

Menurut Malaysiakini, Ambiga telah mengesahkan beliau juga menerima SMS tersebut yang dikatakan yang dihantar melalui nombor telefon 601119732179 kepada beberapa ahli Bersih 2.0, ahli politik Pakatan Rakyat, pemimpin NGO, dan beberapa wartawan itu berbunyi:

Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti.”

Perkasa yang menentang perhimpunan aman Bersih 2.0 telah menyebarkan risalah yang mendakwa akan mengadakan demonstrasi melawan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Tiada ulasan: