Selasa, 23 November 2010

Samy Vellu umum keputusan penting 29 November



KUALA LUMPUR — Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengesahkan yang beliau akan membuat beberapa pengumuman penting pada Isnin ini apabila mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti — yang dijangka terakhir dipengerusikan beliau.

“Ketika mesyuarat minggu depan, saya akan mengumumkan sesuatu. Sebenarnya, ada banyak perkara untuk dimaklumkan kepada mereka (anggota CWC),” kata Samy Vellu, yang memanggil mesyuarat khas CWC awal minggu depan.

Ia dipanggil sehari selepas Barisan Nasional (BN) yang dianggotai MIC, mengadakan konvensyennya.

Bagaimanapun ketika ditanya apa yang akan dibincangkan pada pertemuan minggu depan, presiden MIC paling lama itu enggan mendedahkan apa-apa.

Bekas menteri kerajaan pusat itu dijangka mengumumkan perkara berkaitan dengan rancangannya melepaskan jawatan presiden bulan depan.

Beliau dijangka meninggalkan kerusi itu yang disandang sejak 30 tahun lalu pada 13 Disember ini.

Tiada ulasan: