Khamis, 11 November 2010

Pemimpin BN jenis 5 tahun sekali jumpa rakyat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: “PAS berpandangan inilah jenis pemimpin 5 tahun sekali, dekat dengan rakyat apabila hampir dengan pilihan raya, apabila lepas pilihan raya muka tidak nampak,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Tan Sri Muhyidin Yassin semua pimpinan parti komponen BN supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.

Sepatutnya, kata beliau mereka menjadi pemimpin bukan hanya hendak mendapat undi sahaja tetapi kena memikirkan bagaimana hendak membawa rakyat dan negara ini hidup selesa dan bahagia.

Perlu diingat, ujarnya bahawa menjadi pemimpin bukan satu kemuliaan tetapi satu tanggungjawab.

Menurutnya, PAS berpandangan pemimpin BN hanya memperkudakan rakyat untuk dapat undi sahaja.

“Selepas pilihan raya penderitaan rakyat tiada siapa yang peduli. Tekanan hidup rakyat semakin teruk kerana kuasa membeli semakin berkurangan,” ujarnya.

Katanya, Belanjawan 2011 sebagai bukti, menunjukkan bahawa pemimpin masih berbelanja seolah-olah macam berada di dalam lubuk emas.

Tambahnya, pembinaan Menara Warisan 100 tingkat dengan kos RM5 bilion, ketika masih ramai rakyat yang tidak ada rumah, walaupun dibantah ia tidak dipedulikan.

Beliau berkata, mereka buat tuli sahaja, kerana mereka memiliki media untuk mempropagandakan kepada rakyat.

Katanya, peruntukan Sekolah Agama Rakyat hanya RM95 juta berbanding dengan Permata milik isteri Perdana Menteri sebanyak RM111 juta.

Begitu juga, ujarnya peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Maka tidak peliklah, tambah beliau kagi, komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.

Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara.

“Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

“Persoalannya adakah pemimpin negara ini mengambil berat hal ini? Apakah mereka hanya hendak berlakon menjadi pemimpin yang cakna rakyat apabila dekat musim pilihan raya?” soalnya.

Justeru, katanya PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

24 ulasan:

joey berkata...

itu hanya andaian PAS. cuba lihat betul-betul adakah pemimpin BN seperti yang dikatakan oleh PAS.

joey berkata...

lebih baik jika PAS memperbaiki diri sendiri dan menasihati rakan-rakan dalam PKR yang sedang bermasalah sekarang ini dan bukannya terlalu bercakap tentang BN saja.

tombolo berkata...

jadilah pemimpin yang sentiasa turun padang dan mendekati rakyat. pemimpin yang memahami rakyat akan sentiasa disayangi.

Sanih Alias berkata...

Harap pemimpin akan sentiasa turun padang dan bukan hanya dekat PRU baru turun padang.

Unknown berkata...

5 tahun sekali baru jumpa rakyat. Harap budaya pemimpin begini tolonglah diubah. Jangan buat rakyat serik dengan gaya ini, bila dekat time PRU baru sibuk tolong sana sini, lepas itu menang tidak ada nampak muka sudah.

Bujang Senang berkata...

Semoga pemimpin menjalankan tanggungjawab bukan 5tahu sekali. Ubahlah sikap itu dan selalulah tengok dan jumpa rakyat untuk membantu.

Tanpa Nama berkata...

It is the leaders responsibilities to meet the people and listen to their needs. Don't just go down to the ground right before the elections.

Tanpa Nama berkata...

I hope the leaders will fulfill their responsibilities to the people, the people vote them in, they should be grateful for the people for putting their truest in them.

Jason berkata...

Tidak dinafikan BN mempunyai pemimpin yang hanya jumpa rakyat 5 tahun sekali. Lagi2x kalau dekat pilihan raya. Tetapi, bukankah PAS juga sama?

Tanpa Nama berkata...

adakah pemimpin2 PAS turun padang mendengar keluhan penduduk orang asli yang menjadi mangsa rampasan tanah oleh kerajaan PAS untuk diberikan kepada orang luar??

Jason berkata...

Diharapkan semua pemimpin tidak kira dari parti mana untuk turun padang. Laksanakan tugas kamu sebagai pemimpin dan jangan kecewakan rakyat yang telah mengundi kamu.

Tanpa Nama berkata...

PAS juga sebenarnya malas turun padang melainkan jika mereka berniat untuk melakukan demonstrasi.. buktinya penduduk Galas telahpun membuat keputusan untuk memilih BN kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PAS.

Tanpa Nama berkata...

jika pelaksanaan ECER hanya memerlukan rm178 juta, buat apa guna dana sampai bilion? samalah buat rumah untuk 3 orang, takkan kosnya sampai 5 bilion?.. pembinaan Menara Warisan bukan tin kosong kerana banyak manfaat boleh dinikmati hasil pembinaannya... nampaknya PAS semakin hilang arah setelah kalah di Galas sehinggakan kenyataan baik dari TPM pun sanggup diputar belit..

Tanpa Nama berkata...

kita boleh tahu bila PAS buat kenyataan mana2 media pasti rangkap terakhir bunyinya sama sahaja. tolak BN, terima PAS.. begitulah bila parti dalam keadaan terdesak.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin parti laian pun begitu juga, jarang turun padang, jika nak jadi pemimpin yang baik, sentiasalah mendekati rakyat.

mike berkata...

mengapa perlu tolak BN dan terima PAS? apa yang PAS telah lakukan untuk rakyat? sedangkan rakyat di Galas pun tidak terbela inikan pula negara..

mike berkata...

TPM menyeru agar pemimpin2 BN sentiasa turun padang kerana hendak membela nasib rakyat dan mengubah nasib rakyat kepada tahap yang lebih baik..PAS hanya asyik menyalahkan BN sedangkan PAS tidak turun padang..buktinya di Galas..

mike berkata...

pemimpin2 BN wajar sentiasa turun padang bagi mendengar, melihat dan menyelesaikan isu2 rakyat..saranan TPM harus diambil serius untuk perlaksanaan GTP sepenuhnya.

elia berkata...

Jika ingin mengetahui adakah BN jenis pemimpin seperti yang dikatakan oleh PAS, tanya la rakyat. Sebab PAS sememangnya kita sedia maklum tidak amat membenci BN, jadi semua statement yang dikeluarkan akan berbentuk bias!

Paquin berkata...

PAS ni sibuk betul dgn hal parti lain. huhuhu

Paquin berkata...

Betul tu joey. Lebih baik PAS perbaiki kelemahan diri sendiri daripada asyik jaga te[i kain orang lain.

Paquin berkata...

rebirth, tu jawapannya PAS hanya tahu cari kelemahan pihak lain ja! huhuhu

Paquin berkata...

Apapun saya harap semua pemimpin akan lebih rajin turun padang mendekati rakyat supaya permasalahan rakyat diketahui.

Paquin berkata...

Justeru, rajin2 lah turun padang ya. Pastikan keperluan rakyat dipenuhi :)