Sabtu, 20 November 2010

Najib: Hak ahli bersekutu BN tak sama

Abdul Rahim Sabri

Walaupun dewan tertinggi BN hari ini sebulat suara memutuskan memperkenalkan ahli bersekutu secara keahlian langsung dalam parti itu, tetapi hak dan keistimewaan mereka diputuskan tidak sama dengan keahlian melalui parti komponennya.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, hak dan keistimewaan ahli bersekutu itu akan diputuskan kemudian oleh dewan tertinggi parti itu.

najib razak bn meeting 201110"Sesiapa yang ingin, boleh memohon menjadi ahli bersekutu.

"Kita ingin memperlihatkan bahawa BN bersifat inklusif, (dasar) pintu terbuka kepada (sesiapa) yang percaya konsep perjuangan BN," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Kumpur hari ini.

Perdana menteri berkata perkara itu - sebagai sebahagian daripada pindaan perlembagaannya - antara beberapa keputusan bersejarah dalam gabungan 13 parti komponen itu.

Menurut Najib, ahli yang pernah menyertai pembangkang dan ingin menyertai BN sebagai ahli bersekutu, perkara itu akan ditentukan oleh dewan tertinggi BN.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli parlimen Pekan menegaskan tidak dibenarkan seseorang yang menjadi ahli parti kompenen dan keluar parti untuk menjadi ahli bersekutu.

barisan nasional bn 181110Dalam sidang media itu juga, Najib memberitahu, dewan tertinggi BN juga mahu memperkenalkan kelab sahabat BN kepada sesiapa sahaja yang ingin "menjadi sahabat" kepada BN.

Katanya dewan tertinggi juga mahu mewujudkan kelab rakan muda BN kepada golongan muda berumur 18 hingga 21 tahun "yang ingin menyokong dan menghayati perjuangan BN".

Najib berkata pindaan perlembagaan yang diputuskan berkuatkuasa hari ini dan akan dimaklumkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas ini.

Mengulas mengenai konvensyen BN 28 November ini, Najib berkata persiapan berhubung majlis tersebut telah diatur.

Katanya tema persidangan tersebut berkisar sekitar konsep BN yang mendahului kepentingan rakyat dan selaras dengan tema konsep 1Malaysia.

16 ulasan:

Hamdan Hadillah berkata...

Kita nantikan saja keputusannya nanti oleh dewan tertinggi parti berhubungan hak ahli tak sama. Jangan bertindak terburu-buru tunggu apa keputusannya nanti.

zam berkata...

hak dan keistimewaan ahli bersekutu akan diputuskan kemudian oleh dewan tertinggi parti...

Anak Sabah berkata...

Baik kita tunggu dan lihat keputusan selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

buatlah keputusan yang terbaik.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya tidak timbul rasa tidak puas hati dikalangan ahli2 komponen kerana hak dan keistimewaan ahli komponen tidak sama dengan ahli bersekutu. perkara ini perlu dijelaskan secara terperinci kepada semua ahli komponen bagi mengelakkan salah faham dikalangan mereka.

Tanpa Nama berkata...

saya harap apa jua usaha pemimpin atasan BN dalam memantapkan parti dapat mencapai matlamat, dan seboleh2nya elakkan sebarang insiden yang boleh menggangu perjalanan parti sepertimana yang telah berlaku dalam PKR.

Bujang Senang berkata...

Keputusan itu bukan diputuskan sendiri tapi dari suara ramai nanti. Sekiranya tidak puas hati, tunggu masa yang sesuai untuk menyuarakannya.

onong berkata...

Mungkin ada yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

kb girl berkata...

Lebih biak komponen BN disatukan dan dijadikan satu parti.

Unknown berkata...

Menurut PM, ahli bersekutu tidak dibenarkan bertanding dalam PRU.
Lega hati komponen BN.

Unknown berkata...

Segalanya masih di peringkat awal, belum jelas apa yang akan jadi. Manalah tahu nanti dia orang diberi mandat untuk bertanding dalam pru.

Unknown berkata...

Adakah perkenalah ahli bersekutu mampu menarik perhatian golongan muda adn menyertai BN?
Golongan ini besar jumlahnya, jika dapat sokongan dari sebahagian besar golongan ini, BN lebih mantap.

captain berkata...

Jika ahli bersekutu tidak seperti ahli sah, apa tujuan perkenalkan sistem ini?

Unknown berkata...

BN mempunyai 13 buah parti komponen, tiada satu yang sesuai sapai terpaksa memperkenalkan ahli terus BN?

elia berkata...

Mesti nyatakan kenapa tidak sama, penjelasan lanjut amat diperlukan.

amy berkata...

tunggu dan lihat sajalah keputusan tersebut. jika tidak kena, barulah rakyat bersuara.