Selasa, 2 November 2010

MENARA PEMANCAR RM380 JUTA DI SABAH

BERNAMA

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan melalui agensinya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah memasang enam kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ (Kampung Wifi) di kawasan Batu Sapi.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kemudahan berkenaan merupakan sebahagian daripada 500 kemudahan seumpamanya yang akan dipasang di seluruh Sabah.

Kampung yang memperoleh kemudahan itu di Batu Sapi ialah Kampung Air, Kampung Karamunting Lama, Kampung Karamunting Baru, sebahagian Kampung Bokara, Kampung Lupak Meluas dan Flet MPS.

Melalui kemudahan itu, penduduk kampung dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk penggunaan internet.

"Inilah sumbangan ikhlas daripada kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ di Flet MPS pada hari Isnin.

Rais juga berkesempatan menguji kemudahan ‘Kampung Tanpa Wayar’ berkenaan dengan mengadakan persidangan video beberapa minit dengan penduduk Kampung Bokara dari tapak pelancaran.

Menurut Rais mana-mana kawasan yang mempunyai kemudahan talian telefon awam boleh dibekalkan dengan kemudahan berkenaan dan penduduk kawasan terlibat akan dapat mengakses perkhidmatan telekomunikasi seperti rakan-rakan mereka di bandar.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan membina 212 buah lagi pemancar komunikasi di seluruh Sabah untuk membolehkan siaran televisyen dan radio dapat diterima lebih ramai penduduk di negeri itu, khususnya kawasan pedalaman.

Katanya pembinaan pemancar bernilai RM380 juta berkenaan akan dimulakan pada tahun hadapan dan sekiranya perancangan berjalan lancar, ia boleh disiapkan dalam tempoh setahun.

Pada majlis yang sama, Rais turut memberi tauliah kepada lapan wakil Pos Komuniti yang akan diletakkan di kawasan-kawasan strategik di Batu Sapi serta menyerahkan 15 unit komputer riba kepada 15 penerima termasuk pelajar.

13 ulasan:

Sanih Alias berkata...

satu berita yang baik kepada Batu Sapi yang akan menerima pembangunan pemancar. ini sangat berguna pada masa sekarang yang maju dan moden.

Unknown berkata...

sejajar dengan pembangunan negara, ini memang patut dilaksanakan. terima kasih BN.

tombolo berkata...

baguslah ia memberi kemudahan jalur lebar kepada penduduk BAtu Sapi.

joey berkata...

ini sesuatu yang baik untuk penduduk Batu Sapi..penduduk kampung akan dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi termasuk penggunaan internet

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Leo berkata...

Memang satu berita yang baik. Saya pasti menara pemancar ini akan menfaatkan penduduk2x sabah. Terima kasih BN!

Unknown berkata...

teruskan usaha melaksanakan pembangunan di Sabah bukan sahaja semasa pilihan raya.

Anak Sabah berkata...

Baguslah kalau macam itu. Diharapkan projek ini berjalan lancar.

Unknown berkata...

pasti selepas ini pembangkang semakin tertekan dan lebih banyak isu yang berunsur kritikan ekoran usaha kerajaan seperti ini.

Anak Sabah berkata...

Ini boleh mendorong rakyat tempatan menggunakan ICT untuk menambah ilmu dan pengetahuan.

amy berkata...

Rakyat Sabah sudah bersuara, syukur ada telinga yang mendengar. Kami tidak mahu dinobatkan sebagai negeri termiskin lagi.

tombolo berkata...

dgn kemudahan ini, ia boleh melahirkan ramai generasi yang celik ICT.

Antanum berkata...

Berita yang baik untuk batu sapi tapi diharap seluruh sabah akan menikmati kemudahan itu. Lagipun supaya tidak ketara meraih undi dari penduduk batu sapi, kena sediakan kemudahan tersebut diseluruh Sabah.