Selasa, 2 November 2010

Kerajaan Pakatan Jaga Kebajikan Warga Emas


SELANGOR KINI

SHAH ALAM - Lebih daripada 236,000 orang yang mendaftar untuk sumbangan Skim Mesra Usia Emas, iaitu bantuan khairat kematian yang diwujudkan khusus untuk menjaga kebajikan warga emas dan orang kurang upaya di Selangor.

Data dari salah satu syarikat pengendali yang dilantik kerajaan negeri menganggarkan, kira-kira 46 peratus daripada warga emas dan OKU di Selangor masih belum mendaftar dalam skim ini.

Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir berkata, daerah yang mencatatkan pendaftaran tertinggi setakat ini adalah Sabak Bernam, dengan 72 peratus dari warganya mendaftar dalam skim ini.

Pendaftaran Tertinggi Mengikut Daerah

Sabak Bernam – 72%
Kuala Selangor – 65.9%
Kuala Langat – 64.3%

Manakala pendaftaran tertinggi mengikut kawasan, Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah Dun Teratai, dengan 91.9 peratus, diikuti Dun Ijok 91.2 peratus dan Dun Teluk Datuk 85 peratus.

Pendaftaran Tertinggi Mengikut Dun

Teratai – 91.9%
Ijok – 91.2%
Teluk Datuk 85%

Kamsani menjelaskan, angka-angka ini belum memadai kerana masih ramai yang belum berdaftar dalam skim ini. Katanya, syarikat-syarikat pengendali Skim Mesra Usia Emas menghadapi kesukaran ekoran tiada sokongan dari media arus perdana.

“Sepatutnya hak rakyat diberikan kepada rakyat,” Kamsani.

Sementara itu, data daripdaa Rantaian Mesra menunjukkan warga emas etnik Cina mendahului pendaftaran skim ini dengan 46.88 peratus, diikuti masyarakat Melayu 39.87 peratus sahaja.

Pecahan Pendaftaran Mengikut Kaum
Cina – 46.88%
Melayu – 39.87%
India – 12.55%
Lain-Lain – 0.70%

Kamsani menjelaskan, sejumlah RM36.78 juta bayaran yang telah dibuat, dengan 15,566 kematian menerima manfaat dari skim ini.

Sebanyak 15,566 orang telah menerima bayaran peringkat pertama, iaitu sebanyak 1,000 ringgit, dan 14,177 orang telah menerima bayaran peringkat kedua sebanyak 1,500 ringgit.

Menurut Kamsani, masih ramai rakyat Selangor yang belum peka sepenuhnya dengan Skim Mesra Usia Emas ini. Bagi mereka yang tidak memerlukan, Skim ini memberi ruang kepada mereka untuk beramal dan berbakti kepada masyarakat.

Tiada ulasan: