Jumaat, 19 November 2010

Kenyataan Media Zaid: Penarikan Diri Drp Keahlian PKR

KELAB GREENBOC

P
enarikan Diri Daripada Keahlian Parti Keadilan Rakyat

KENYATAAN MEDIA

Ini berikutan episod pemilihan parti di mana saya telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti: Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi. Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti. Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai ‘Trojan Horse’ dan ‘Sore Loser’. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya.

Saya amat menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepada saya selama ini. Saya mungkin telah melakukan kesilapan semasa saya berada dalam parti tetapi saya tidak sekali-kali melakukannya di atas niat jahat untuk melemahkan parti atau untuk menjatuhkan sesiapa pun. Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam. Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu.

Sewaktu saya meletakkan jawatan sebagai Menteri dahulu, saya mahu menegakkan satu prinsip penting iaitu bahawa mana-mana menteri yang tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan mestilah meletakkan jawatannya, iaitu prinsip ‘Collective Responsibility’. Pada masa itu, saya tidak boleh menerima keputusan Jemaah Menteri dan Kerajaan untuk menggunakan ISA terhadap 3 orang awam. Kali ini pula, saya berhenti kerana adalah amat wajar untuk saya berbuat begitu apabila saya tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggap saya sebagai pengkhianat. Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat.

Saya meletakkan kepercayaan saya kepada kebijaksanaan masyarakat untuk memahami bahawa kita mestilah sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip dasar yang ikhlas walau dalam situasi apa sekalipun kerana itulah sahaja yang akan menentukan erti perjuangan sebenar. Ramai peminat Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada saya bahawa karier politik saya akan hancur selepas ini. Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini.

ZAID IBRAHIM

16 ulasan:

kb girl berkata...

Tidak taulah Zaid yang sukar bekerjasama dengan orang atau sebaliknya.

Paquin berkata...

Ada2 ja politik ni oo.. huhuhu

Unknown berkata...

Takda pendirian punya orang si Zaid ini.

Unknown berkata...

Tindakan Zaid yang meluru telah merosakan imej beliau yang dibina apabila beliau meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet.

Unknown berkata...

Penarikan diri daripada keahlian PKR Zaid sudah dijangka ramai pemerhati politik tanahair.

captain berkata...

Penarikan beliau mengembirakan pesaing beliau dalam PKR.

Unknown berkata...

Zaid umpama musuh dalam selimut kepada sesiapa yang membenarkan beliau menyertai parti mereka.

Tanpa Nama berkata...

itu haj zaid nak keluar PKR ataupun tidak.

Hosie Masie berkata...

Mungkin cara ini yang terbaik untuk Zaid. Tubuhkanlah parti baru jika itu adalah keinginan Zaid untuk bertanding dengan parti lain.

Hamdan Hadillah berkata...

Memang mungkin ada kebenaran dalam semua ini. Zaid saja yang tidak dapat menerima semua itu. Zaid mungkin tidak ada pendirian setelah berkali-kali keluar parti. Bagi saya keluar parti ini bukan penyelesaian bagi sesuatu masalah, tapi perbincangan. Tapi apa yang Zaid lakukan memang kita boleh nampak sendiri beliau tidak pasti dengan masalah dan jawapan jadi cara mudah dengan keluar parti.

zam berkata...

tindakan Zaid ini bukanlah pekara yang mengejutkan.

Tanpa Nama berkata...

kalangan ahli dan pemimpin PKR mempertikaikan tentang demokrasi didalam PKR, malah ada yang mengakui UMNO lebih demokratik dan telus berbanding PKR. kalangan penyokong PKR sudah mula menyedari parti yang mereka dokong selama ini sebenarnya lebih kepada syok sendiri dan lebih banyak berbohong daripada kebenaran. perjuangan ikhlas mereka sudah dikhianati oleh pemimpin yang gilakan kuasa.

Tanpa Nama berkata...

semakin mereka menuduh antara satu sama lain semakin hilang kewibawaan mereka sebagai parti pembangkang no 1 Malaysia. apa yang berlaku dalam PKR membuktikan bahawa mereka tidak layak membentuk kerajaan dan tidak layak mendapat sokongan rakyat.

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, selamat berjuang setelah meninggalkan parti Keadilan nanti.

Anak Sabah berkata...

PKR masih lemah lagi, tambah dengan kekecohan dalam parti menyebabkan PKR menjadi lebih lemah. Jika DSAI tidak mampu menangani masalah dalaman mereka dengan baik, tidak yakin bahawa penyokong PKR akan terus menyokong.

elia berkata...

Semoga dengan kenyataan yang telah dibua oleh zaid akan membuka luas mata dan pemikiran mana2 pihak yang menuduh beliau. Sudah tidak ada jodoh antara zaid dan PKR...