Sabtu, 20 November 2010

Berita baik untuk pembeli rumah


25682472_1Oleh Rachael Kam

PETALING JAYA: Hak milik strata untuk sektor hartanah jenis kondominium, pangsa puri dan rumah pangsa akan dikeluarkan serentak apabila pembeli mendapat kunci di bawah cadangan pindaan kepada undang-undang sedia ada.

Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan Chang Kim Loong berkata, ini merupakan salah satu cadangan, yang telah diluluskan oleh Kementeri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, akan dibentangkan di Parlimen Mac tahun depan.

"Ini akan menghalang dari para pemaju yang degil dari tidak membuat permohonan untuk hak milik strata selepas menerima bayaran penuh," kata Chong dalam satu wawancara menerusi emel.

Beliau berkata, Akta Pembangunan Perumahan, Akta Hak Milik Strata dan beberapa Akta lain juga perlu dipinda untuk membantu pembeli rumah yang berada dalam kedudukan berat sebelah di bawah undang-undang sekarang.

Persatuan katanya, juga mencadangkan supaya diberi hak milik berasingan untuk hartanah bertanah (landed property) sebelum pemaju diberi lesen oleh Kementerian berkenaan.

Kerjasama kementerian

Baru-baru ini, Menteri berkenaan Datuk Chor Chee Heung berkata, bahawa kementeriannya sedang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengenai pindaan-pindaan terhadap Akta Bangunan dan Hartanah Umum.

Chor berkata, pihaknya bercadang untuk membentangkan pindaan-pindaanitu di Parlimen pada Mac tahun depan dengan matlamat untuk menyatakan secara terperinci tentang sempadan, peranan dan tanggungjawab pemilik hak milik strata, pengurus hartanah dan para pemaju supaya hak pembeli-pembeli dapat dilindungi dengan lebih baik.

Beliau menambah, pindaan-pindaan itu diperlukan kerana ia menerangkan bagaimana pemilik-pemilik rumah boleh melaksanakan hak mereka di Akta dan beberapa jumlah undi seorang pemilik rumah harus diberi jika beliau memiliki lebih dari satu unit di bangunan yang sama.

Mengulas mengenai cadangan penyerahan kunci rumah dan pengeluaran hak milik strata secara serentak, seorang pegawai eksekutif Y H Tee, 35, yang membeli sebuah kondominium di Petaling Jaya dua tahun lalu, berkata, "Ini merupakan langkah yang baik kerana para pembeli secara rasmi "memiliki" hartanah mereka selepas mendapat kunci."

Tee berkata, memberi hak milik strata kepada para pembeli rumah ketika penyerahan unit boleh menghalang dari para pemaju yang tidak mengambil berat untuk memohon hak milik strata walaupun telah bertahun-tahun menyiapkan projek-projek mereka.

Tiada ulasan: