Rabu, 11 Ogos 2010

MB Selangor kesan kamera ‘rahsia’ di pejabatnya


SHAH ALAM — Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu sejak lebih dua tahun lalu hari ini mendedahkan penemuan kamera ‘rahsia’ yang dipasang pihak tertentu di pejabatnya.

“Saya menemui kamera ini kira-kira 6 petang semalam dan saya tidak tahu berapa lama kamera ini diletakkan di pejabat saya,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Khalid berkata, beliau mengesan kamera jenama Fuji itu di belakang tirai di pejabatnya selepas ia mengeluarkan bunyi kerana lemah bateri.

Pakar telah dibawa untuk memeriksa kamera manakala rakaman CCTV sedang diteliti.

“Polis dialu-alukan untuk membuat siasatan tetapi saya akan membuat laporan polis hanya selepas kami menjalankan siasatan kami sendiri,” katanya.

Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK.

Beliau dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum ke-12 lalu.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..
Luncai dah terjun dengan labu2nya....
biarkan! biarkan!..

.....jangkan kata UMNO pula buat