Rabu, 11 Ogos 2010

Liu: Khidmat digantung untuk lindungi pembantu

Hazlan Zakaria

Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu menjelaskan khidmat tiga pembantungnya digantung bagi mengelakkan orang ramai daripada mendapatkan surat sokongan daripada mereka.

"Ini dilakukan untuk perlindungan mereka sendiri. Orang ramai terus datang dan meminta pelbagai bantuan kerana mereka adalah penolong saya,” kata Liu ketika dihubungi semalam di Singapura.

"Bagaimanapun, saya telah berbincang dan bermesyuarat dengan mereka. Mereka memahami tindakan saya menggantung khidmat merea. Saya terpaksa membetulkan keadaan dahulu, kemudian, saya akan melantik mereka semula.”

Katanya, ketiga-tiga mereka - Ismail Arsat, S Selvadurai dan Tan Yong Beng - tidak terbabit dengan sebarang salah laku.

Ismail dan Sevadurai, masing-masing mewakili PAS dan DAP - kedua-dua mereka juga adalah ahli majlis perbandaran Klang.

Liu gelak besar apabila diajukan soalan bahawa ada pihak yang mendakwa beliau mempunyai 17 pembantu yang mengeluarkan surat sokongan bagi pihaknya membabitkan projek papan iklan.

'17 musuh bukan 17 pembantu'

“Semua ini mengarut. Ini tidak benar. Ini adalah dakyah musuh saya...Saya fikir sebenarnya saya mempunyai 17 musuh dan bukan 17 pembantu. Saya tidak mampu membayar begitu ramai pembantu,” katanya.

Menurut Liu, beliau “tidaklah sesibuk mana” dan tidak memerlukan pasukan yang besar untuk membantunya menandatangani surat sokongan.

Bagaimanpun katanya, beliau pasti lebih daripada seorang yang menandatangani surat sokongan tanpa kebenarannya.

"Malah, polis juga tidak menentukan siapa mereka itu,” dakwa Liu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, semua surat kepala rasmi dan copnya diambil semula daripada pembantunya dan beliau akan membuat yang baru dengan penekanan ke atas ciri-ciri keselamatan agar ia tidak disalah-gunakan.

Masalah Liu dengan surat sokongan timbul apabila bekas pembantunya, Tee Boon Hock didakwa menggunakan kepala surat rasmi dan copnya bagi mendapatkan perniagaan membabitkan lebih RM1 juta dalam bentuk kontrak kerajaan negeri.

Tee telah dipecat atas dakwaan mengeluarkan surat tersebut bagi membantu sebuah firma yang dikaitkan dengan anaknya, manakala Liu pula membuat laporan polis berhubung salah-guna surat rasminya itu.

Tee bagaimanapun masih kekal sebagai ahli majlis tempatan Klang.

Tiada ulasan: