Selasa, 17 Ogos 2010

Bomoh raba payudara pesakit dicekup polis

WARKAH DAILY

KUANTAN: Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan polis bagi membantu siasatan setelah seorang pesakitnya membuat laporan mendakwa dicabul lelaki itu ketika menerima rawatan membuang santau di Indera Pura dekat sini, pertengahan bulan lalu.

Lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di rumahnya malam kelmarin setelah wanita berusia 26 tahun itu membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (Siasatan dan Perundangan) Superintendan Mohd Haris Daud berkata, mangsa yang dikatakan terkena gangguan santau menemui bomoh itu setelah diperkenalkan seorang rakan sekerja.

Katanya, mangsa juga secara kebetulan mengenali isteri lelaki itu kerana mereka tinggal di kawasan sama.

“Pada malam kejadian, wanita terbabit menemui bomoh itu untuk menjalani sesi rawatan sebelum dibawa masuk ke dalam bilik.

“Semasa rawatan dijalankan, bomoh terbabit didakwa mengambil kesempatan bertindak mencabul wanita itu dengan memegang tubuh dan meraba payudaranya.

“Mangsa yang kurang selesa dengan perbuatan bomoh terbabit meminta rawatan dihentikan sebelum beredar,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Mohd Haris berkata, mangsa mendiamkan diri selepas kejadian namun mengambil keputusan membuat laporan polis kelmarin sehingga membawa kepada tertangkapnya suspek.

“Siasatan mendapati, bomoh itu pernah melakukan perbuatan sama ke atas pesakitnya sebelum ini dan laporan polis juga telah dibuat,” katanya. -SH

Tiada ulasan: