Khamis, 9 Ogos 2018

Mat Sabu akan perkasa Kementerian Pertahanan



Mat Sabu akan perkasa Kementerian Pertahanan

Dalam soal jawab di parlimen pada 9hb Ogos, Menteri Pertahanan Mat Sabu, lebih dikenali dengan nama timangan “Menhan” di Putrajaya, mengatakan bahawa beliau akan memperkasakakan daya lasak pertahanan Malaysia supaya bakal menjadi nombor satu di rantau Asia Tenggara.

Di bawah mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Pertahanan cuma RM 1.2 bilion menurut petikan dari pembahasan Menhan di Parlimen.

Jumlah ini cuma 62 peratus sahaja daripada RM1.8 billion daripada belanjawan Kementerian Pertahanan yang diminta untuk pembelanjaan tahun 2018.

Secara keseluruhannya, Menhan turut menegaskan bahawa pertahanan Malaysia, biar dari segi perkakasan serta kesediaan ketenteraan (military preparedness) turut terjejas; sedangkan negara lain seperti Vietnam sudah mencapai taraf pertahanan yang tinggi dalam pelbagai isu pertahanan di rantau ini.

Keadaan in tidak boleh dibiarkan untuk melarat, menurut Menhan, atau lebih dikenali sebagai Abang Mat, yang turut merupakan wakil rakyat kawasan Kota Raja di Klang, Selangor.




Setakat ini para analisis ketenteraan di Malaysia belum mengenal pastikan semua isu yang menghakiskan Kementerian Pertahanan. Mereka terlalu menumpukan kepada pembelian ketenteraan (military procurement). Tapi korupsi dalam soal ini juga amat kritikal.

Malah, di antara perkara-perkara yang terpenting dalam soal pertahanan Malaysia, spectrum ini termasuk kebolehan, atau, kapasiti Malaysia, untuk memantau perairannya di Selat Melaka serta Laut China Selatan secara menyeluruh.

Walaupun Menhan tidak menyetuh kedua dua perairan ini serta zon ekslusif ekonomi (exclusive economic zone) yang boleh sampai 200 batu nautika dari setiap pelusuk sempadan Malaysia, itupun diukur dari “baseline” pantai (coast line), memang tidak boleh dinafikan bahawa kawasan kawasan perairan Malaysia secara tidak langsung telah dikompromikan melebihi satu dekad.

Misalnya radar perairan Malaysia cuma boleh melihat activiti-aktiviti perairan sejauh 60 batu nautika sahaja. Tanpa “visual” yang tepat, amat sukar sekali bagi pihak Malaysia untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia biar di laut atau udara.

Malah menurut seorang penganalis tentera di Malaysia yang tidak ingin dinamakan “tanpa data data yang lengkap tentang pola atau corak kemasukan kapal kapal asing kedalam perairan Malaysia, atau udaranya, sudah tentunya agak mustahil bagi Kementerian Pertahanan ataupun Wisma Putra untuk membuat pelbagai bantahan kepada negara negara asing.”

Apatah lagi ‘Doktrin Mahathir,’ menurut penganalis ini, “tidak akan mempunyai kesan yang sewajarnya sekiranya log activiti perkapalan di perairan Malaysia tidak ada data data yang lengkap, supaya semua perkapalan tentera (war ships) boleh mencapai kata sepakat untuk keluar dari perairan Malaysia, ataupun Asean.”

Disebabkan oleh defisit maklumat di perairan ataupun udara Malaysia, maka doktrin yang dialu alukan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad, yang pernah juga menjawat tugasan Menhan pada tahun lewat 1970s, dimana Kementerian Pertahanan Malaysia pernah mencapai tahap persediaan ketenteraan yang paling tinggi di rantau Asia Tenggara, akan terjejas.

Maka aspirasi Mat Sabu untuk mengembalikan Malaysia kepada peringkat persediaan ketenteraan yang tertinggi serta reputasi yang terunggul harus disambut baik memandangkan keadaan geopolitik yang bertambah genting di Asia Timur dekat dekat ini.

Itupun kerana isu-isu seperti perselisihan di Laut China Selatan di antara kuasa kuasa besar, dan program persenjataan nuklear Korea Utara yang bakal mencapai taraf “inter continental,” iaitu di antara benua, dimana semua negara Asia Pasifik akan terancam.

Dari sudut ini, visi Mat Sabu untuk mengembalikan Malaysia ke tahap persediaan ketenteraan yang tertinggi di rantau Asia Selatan pernuh dengan hikmah yang berstrategis, dan turut juga boleh meningkatkan taraf hidup ahli ahli tentera di darat, lautan ataupun udara.

Tiada ulasan: