ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir
menyahut cabaran debat daripada bekas pembantunya berhubung dakwaan
kekayaannya.
Mukhriz, yang juga timbalan presdien Parti Bersatu Pribumi Malaysia
(PPBM) mencadangkan debat itu diadakan pada 29 Mac, di Pokok Sena,
Kedah.
Mukhriz berkata beliau menerima cabaran perbahasan tanpa syarat.
Bekas pegawai khasnya, Haris Che Mat yang juga timbalan ketua Umno
bahagian Pokok Sena, semalam mencabar bekas bosnya itu berdebat bagi
menjelaskan keupayaannya menjadi jutawan dalam masa singkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan