MALAYSIA DATELINE
Risiko cuaca panas fenomena Equinox ke atas pejalan kaki Red2Green
dari Kuantan ke Parlimen dalam misi membawa Memorendum Rayuan Menentang
Pencemaran Bauksit kini memerlukan doktor dan pramedik untuk tampil
membantu pejuang rakyat ini.
Seramai 30 pejalan kaki yang telah memulakan destinasi mereka dari
Kampung Kubang Badak, Beserah pada 12 Mac lalu, kini dilaporkan sudah
tiba di Lancang.
Hari ini mereka akan meneruskan berjalan kaki menuju ke Karak sejauh
22km yang akan mengambil masa lebih kurang 4 jam dalam misi sejauh 254km
untuk tiba di Parlimen Malaysia pada 28 Mac ini.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, beliau amat mengambil
berat berkenaan kebajikan para pejalan kaki Red2Green di dalam keadaan
cuaca panas dalam keadaan fenomena equinox.
"Justeru itu di atas sifat kekuatiran tersebut saya terpanggil untuk
menyeru dan merayu kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin terutama
para doktor dan paramedik untuk tampil membantu pejuang rakyat ini.
"Supaya ada pemerhatian rapi dari mereka yang pakar keatas
pejuang-pejuang ini sepanjang perjalanan mereka." ujarnya dalam satu
kenyataan hari ini.
Ujar Fuziah lagi beliau amat khuatir terdedahnya mereka dengan risiko
strok haba yang di sebut di dalam kenyataan yang di keluarkan oleh
Menteri Kesihatan semalam.
"Tambahan pula dikalangan pejalan kaki Red2Green kini berada di
Lancang yang merupakan diantara kawasan paling panas sehingga mencatat
suhu 43'Celcius di waktu siang.
"Saya juga dapati semangat para pejuang Red2Green begitu kental
sekali dan mereka bertekad mahu terus mara di dalam perjalanan mereka
walaupun dalam keadaan cuaca yang begitu mencabar.
Pejalan kaki Red2Green membawa misi kemanusiaan membela nasib warga
Kuantan yang diancam kesihatan mereka akibat pencemaran dari aktiviti
perlombongan bauksit yang tidak terkawal.
"Kini giliran warga Kuantan yang terancam. Perkara ini tidak mustahil
berlaku di kawasan lain pula nanti. Solidariti dari anda semua amat
bermakna buat warga Kuantan," ujar Fuziah.
Dikalangan doktor dan paramedik sukarelawan yang mahu membantu boleh
berhubung dengan Tommy (012-9899446) dan Jeff (014-2930593) untuk
mengetahui lokasi terkini pejalan kaki Red2Green.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan