shahbudindotcom
Bukan
saja menandatangani deklarasi bersama pemimpin-pemimpin pembangkang
dijaja ke seluruh negara kerana dianggap sebagai suatu kesalahan, malah
berjalan beriringin atau duduk semeja dengan mereka pun cuba dijadikan
seolah-olah dosa yang tidak boleh diampunkan.
Apa
salahnya Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin dan yang lain-lain berjalan
beriringin atau duduk semeja dengan Lim Kit Siang atau rakan-rakannya,
lebih-lebih lagi jika matlamatnya untuk menyelamatkan negara?
Bukankah pemimpin-pemimpin pembangkang juga rakyat negara kita sah hak-haknya?
Lagi
pun, bukankah mereka berbaik untuk "menangkap perompak dan penyamun"
yang membahayakan kita semua dan bukannya untuk saling bekerjasama
menjadi perompak dan penyamun harta-harta negara?
Kalau
ada, apa pula kerosakan yang sudah pemimpin-pemimpin pembangkang
timbulkan dan harta negara yang mana mereka sudah jual atau gadaikan?
Kenapa
hanya bila Tun Mahathir atau Muhyiddin Yassin saja dilihat salah bila
berbaik dengan pemimpin pembangkang, sedangkan ada orang lain siap
berpeluk,berselfie dan bermesra-mesraan lagi?
Siapa yang fobia dan berpura-pura dengan nama Lim Kit Siang sebenarnya?
Selain
itu, bak kata Sanusi Junid, bukan Lim Kit Siang dan rakan-rakannya yang
patut ditakuti kerana Jho Low serta rangkaiannya jauh lagi lebih
merbahayanya.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan