TUARAN: Seramai lima penumpang wanita termasuk seorang kanak-kanak
lemas selepas bot yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah bot lain di
Sungai Serusup dekat Penimbawan, di sini, lewat malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan.
Difahamkan, semua mangsa yang meninggal dunia berasal dari Kampung
Serusup dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke Penimbawan untuk
menghadiri majlis kenduri.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Salomah Maid, Norkasih Salim, Aziah Maidin, Ainol Hasnam dan Nurul Azda.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohd Asnan Led, berkata hingga
jam 8 pagi tadi, bomba masih menjalankan operasi mencari dan menyelamat
(SAR) kerana jumlah sebenar penumpang kedua-dua bot berkenaan masih
belum dapat dipastikan.
Operasi SAR dijalankan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan
Penyelamat Tuaran dengan bantuan 14 anggota Pasukan Penyelamatan di Air
(PPDA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan