shahbudincotcom
Isu pembelian banglo sederhana mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perbualan ramai sejak sehari dua ini.
Namun,
sesuatu yang membanggakan ialah beliau kekal dengan keberanian,
keterbukaan dan ketelusannya, sesuai dengan keyakinannya bahawa tiada
ada yang hendak disembunyikan di sebalik pembelian rumah itu.
Lim
Guan Eng bukan saja meminta SPRM menyegerakan siasatan terhadapnya agar
beliau boleh memberikan segala maklumat mengenainya, malah tanpa
ragu-ragu menjemput sekumpulan wartawan dan jurugambar melawat rumahnya
untuk melihat sendiri keadaan rumahnya yang djadikan kontroversi itu.
Sekurang-kurangnya,
sementara sedia untuk disiasat, beliau tidaklah seperti Pahlawan Bugis
yang seorang itu, yang bukan saja sudah lama tidak mengadakan sidang
akhbar secara terbuka, malah nampaknya mula dilindungi daripada terjahan
soalan-soalan oleh wartawan antarabangsa.
Lim
Guan Eng bukan saja tidak takut dengan wartawan, malah tidak juga
berdolak-dalik atau memberi pelbagai alasan remeh berkaitan pembelian
rumah tersebut.
Keberanian, keterbukaan dan ketelusan yang wajar dicontohi oleh sesiapa saja yang bergelar pemimpin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan