DAP tidak pernah menolak hudud sebagai sebahagian perkara penting dalam Islam dan pandangan DAP mengenai hudud konsisten
KUALA LUMPUR: DAP tidak pernah menolak hudud sebagai sebahagian perkara penting dalam Islam, kata Anggota Parlimen DAP, Zairil Khir Johari.
“DAP hanya menolak pelaksanaannya berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, faktor penduduk berbilang kaum dan juga kesesuaian berdasarkan keutamaan negara ini,” katanya kepada FMT hari ini.
Katanya, kerjasama DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) wujud susulan pendirian parti itu yang progresif mengenai hudud dan kesediaannya berunding dengan parti sekutu dalam pelbagai perkara.
“Pendirian AMANAH ke atas hudud adalah jelas dan ia adalah pendirian progresif. DAP menghormatinya,” kata Zairil kepada FMT hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Ti Lian Ker yang membidas kritikannya terhadap penubuhan blok politik ketiga, PAS-Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Mengulas lanjut, Zairil berkata, pandangan DAP mengenai hudud tetap konsisten, malah sebelum Pakatan Rakyat dibentuk pada tahun 2008.
Katanya, perkara mengenai hudud tidak pernah menjadi masalah sepanjang tujuh tahun Pakatan Rakyat wujud, namun isu itu ‘meletup’ tahun lalu sehingga membubarkan Pakatan Rakyat.
“Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir betul dalam perkara ini. Hudud bermula daripada provokasi UMNO dan ia adalah sesuatu yang memalukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan