KUALA LUMPUR - Kenyataan AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin
dalam forum 'Isu Selangor' yang bertempat di Kuala Lumpur Selangor
Chinese Assembly Hall (KLSCAH) malam semalam dilihat bercanggah dengan
kenyataan seorang lagi AJK PAS Pusat, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki dalam laman
Facebook beliau.
Dalam forum semalam, Hanifa berkata beliau dan seorang lagi AJK PAS Pusat, Khalid Samad tidak tahu menahu mengenai penamaan Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Kenyataan beliau walau bagaimanapun dilihat bertentangan dengan apa yang dinyatakan Dr. Zuhdi di laman Facebook .
Dr. Zuhdi di laman Facebook beliau menulis :-
"Seingat saya, perkara berhubung cadangan pencalonan Ku Li sebagai PM ini telah dibawa dalam Mesyuarat AJK PAS Pusat, kemudian ada maklumbalas dari ahli-ahli, dan menyerahkan kepada Dewan Harian PAS untuk menguruskan perkara ini.
Dewan Harian hantar rombongan bertemu Anwar untuk memakumkan cadangan PAS sama ada Anwar bersetuju atau tidak, sebagai usaha untuk memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap UMNO.
Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman kepada public. Demikian cara yang lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa 'move' politik dalam PR, bukannya buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian 'paksa' rakan lain untuk terima dengan pelbagai cara mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden PR."
Kenyataan Dr. Zuhdi itu secara jelas menunjukkan bahawa penamaan Ku Li sebagai PM telah dibawa dalam mesyuarat AJK PAS Pusat dan mendapat maklumbalas dari ahli-ahli.
Beberapa komen dalam 'posting' berkenaan yang dilihat menarik seperti komentar yang mempersoalkan kenyataan Hanifa dalam forum semalam yang menafikan beliau tidak mengetahui perkara berkenaan.
Terdapat juga komentar yang tidak berpuashati dengan pendedahan Rafizi yang dilihat seolah-olah cuba menjatuhkan maruah PAS.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila
mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik
sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13) lalu.
"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Mustafa kepada portal The Malaysian Insider.
Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada UMNO itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.
Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan