ASPAN ALIAS
Tuanku Sultan Selangor berkenan untuk TS Khalid terus menjadi Menteri Besar. Itu adalah isu pokok yang ingin di ketahui oleh rakyat yang tertunggu-tunggu perkembangan terakhir yang melibatkan krisis PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor. Mengikut perundangan dan undang-undang tubuh Negeri Selangor, Khalid boleh berfungsi sebagai Menteri Besar dengan sekurang-kurangnya empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan empat ahli Exco ini boleh diisi dari kalangan empat ahli Exco kerajaan negeri sekarang ini.
Tuanku Sultan Selangor berkenan untuk TS Khalid terus menjadi Menteri Besar. Itu adalah isu pokok yang ingin di ketahui oleh rakyat yang tertunggu-tunggu perkembangan terakhir yang melibatkan krisis PKR dan Pakatan Rakyat di Selangor. Mengikut perundangan dan undang-undang tubuh Negeri Selangor, Khalid boleh berfungsi sebagai Menteri Besar dengan sekurang-kurangnya empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan empat ahli Exco ini boleh diisi dari kalangan empat ahli Exco kerajaan negeri sekarang ini.
Mengikut undang-undang tubuh
Negeri Selangor ia memerlukan untuk sekurang-kurangnya empat orang ahli Exco
dan jumlah maksima keanggotaannya seramai sepuluh orang. Jika itu keputusannya
maka jelas PAS akan terus bersama Khalid Ibrahim dan tentunya PAS di beri tanggungjawab
yang besar bagi menangkis usaha setengah pihak untuk menggunakan kerajaan
Negeri Selangor bagi kepentingan peribadi mereka sahaja.
Sementara itu Muhyiddin Yassin,
Timbalan Perdana Menteri telah membuat kenyataan yang UMNO akan menyokong tindakan
Tuanku Selangor untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar dan dengan itu
Khalid sudah mendapat undi pukal dari 12 kerusi UMNO dalam Dewan Undangan
Negeri Selangor.
Besok TS Khalid akan bertemu
dengan Exco yang ada sekarang ini untuk bertanya samada masih mahu bekerja
dengan beliau. Jika mereka tidak mahu, dengan hanya melantik semula empat
ADUN dan Exco dari PAS sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan dan kerajaan
akan berfungsi seperti biasa. Perkembangan ini amat menarik kerana sedikit demi
sedikit kebenaran tentang kenapa ‘Kajang Move’ dahulu di lakukan oleh PKR pada bulan mac yang lalu.
Bagi pandangan setengah orang
yang bercakap sesama sendiri yang saya dengar, dengan perkembangan mutakhir ini
ia telah merungkai sedikit sebanyak
punca berlakunya pergeseran di Selangor ini. Justeru yang pasti dilihat
sekarang ini adalah ‘the end is near for Pakatan Rakyat’ di Selangor.
Krisis keyakinan sedang
menghantui Pakatan Rakyat dan untuk mengembalikan aura sokongan yang pernah
kita lihat, akan mengambil masa yang agak lama. Sesungguhnya percubaan Anwar
dan PKR untuk menunjukkan otot politiknya telah gagal dan ia bukan sahaja di
rasai oleh PKR tetapi akan juga di alami oleh DAP, bukan setakat di Selangor
tetapi ia menyeluruh di seluruh negara.
Selepas ini polimik tidak akan
berakhir malahan polimik ini dijangkakan akan sampai ke tahap yang lebih tinggi
lagi dengan pertengkaran di khalayak ramai yang akhirnya akan membuatkan lebih
ramai naik bosan dengan kerakusan Pakatan Rakyat. PR bukan untuk membina negara tetapi untuk
mereka berebut-rebut dengan harta rampasan selepas memenangi peperangan.
Apa yang sedang terjadi di
Selangor ini akan membawa ‘consequence of events’ yang mungkin tidak boleh di
jangka. Polimik akan bertambah hebat.
Salah satu hasil dari pergelutan
ini, banyak pihak sekarang mempersoalkan kejujuran Anwar Ibrahim. Tuduhan
terhadap Khalid kesemuanya berdasarkan kepada syak wasangka yang bertujuan
politik bagi setengah mereka dalam Pakatan Rakyat. Tetapi pihak Anwar dan
penyokongnya tidak pula membuat apa-apa tindakan terhadap pemimpin tertinggi
mereka yang telah secara undang-undangnya di dapati bersalah dalam isu liwat
beliau.
Mereka sebaliknya akan menuduh
keputusan mahkamah itu adalah mengikut telunjuk BN dan UMNO. Segala keputusan
yang tidak memihak kepada mereka, itu keputusan ‘conspiracy’ politik terhadap
Anwar. Tetapi Khalid hanya diperlukan untuk menampilkan syak wasangka sahaja
sudah di minta dan di desak untuk berhenti.
Pendeknya sejak 16 tahun dahulu tugas penyokong pembangkang hanya untuk
menyelamatkan Anwar dari menghadapi zaman gelapnya dalam politik yang di
hasilkan oleh kelalaian dan moral buruk beliau sendiri.
Bagi pendapat setengah orang,
selama 16 tahun politik Malaysia
asyik berlegar di keliling Anwar, untuk menutup perlakuannya dan cuba
untuk menyelesaikan masalah peribadi beliau sahaja. ‘Kajang Move’ yang membawa
padah kepada PKR sendiri ini adalah salah satu dari tindakan untuk meyelesaikan
masalahnya sahaja.
Akhirnya nanti apabila pembetulan
itu sudah sampai, orang yang selalunya mampu menyelesaikan masalah seperti ini
adalah orang yang mempunyai lebih kesabaran, kerana kesabaran itu tidak akan
dapat di lawan oleh sesiapa. Yang sabar itu akan selalu menang walaupun ia
memakan masa untuk memperlihatkan buktinya. Itulah sebabnya blog ini selalu dan
tidak berhenti menulis yang negara perlukan politik yang baru. Yang akan
membawa ‘ambience’ yang baru terhadap situasi siasah negara.
Apabila situasi yang baru itu
wujud, barulah parti-parti seperti DAP dan mana-mana parti yang membangkang akan
dapat menjamah kuasa di Putrajaya. Ia memerlukan pembaharuan politik secara drastik
berlaku baru ada perubahan.
Saya bukan ahli nujum, tetapi
saya tahu yang Anwar tidak akan dapat menjejak kaki ke Putrajaya selagi beliau
tidak membersihkan hati dan jiwa beliau dalam politik ini. Pendeknya mana-mana
pihak yang bersama mendukung Anwar dalam politik sekarang atau di masa yang
akan datang ini, segala cita-cita mereka akan hanya tinggal cita-cita dan semua
tindakan mereka semuanya merupakan ‘misadventure’ politik yang sangat mahal
harganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan