ASPAN ALIAS
Pakatan Rakyat sudah kehilangan satu lagi kerajaan negeri yang di menanginya pada PRU yang lepas. Selepas PRU yang lepas, masing-masing parti dalam Pakataan Rakyat memperolehi satu kerajaan masing-masing. DAP mentadbir Pulau Pinang dan PKR mendapat mandat untuk menjadi kerajaan di negeri Selangor.
Pakatan Rakyat sudah kehilangan satu lagi kerajaan negeri yang di menanginya pada PRU yang lepas. Selepas PRU yang lepas, masing-masing parti dalam Pakataan Rakyat memperolehi satu kerajaan masing-masing. DAP mentadbir Pulau Pinang dan PKR mendapat mandat untuk menjadi kerajaan di negeri Selangor.
Dengan pemecatan Khalid Ibrahim
maka PKR telah hilang satu-satunya negeri iatu negeri Selangor dan sekarang
Selangor di tadbir oleh Menteri Besar bebas tanpa parti dan empat orang Exco dari
PAS. PKR kehilangan kerajaan negeri terkaya di negara ini bukan di pecahkan
oleh mana-mana pihak tetapi dicampakkan oleh PKR sendiri. Itu bukan lagi salah
sesiapa dan PKR tidak boleh memindahkan kesalahannya sendiri kepada pihak dan
individu lain.
Kesalahan Anwar bukan sahaja kepada
rakan pimpinan seperti Khalid, tetapi kesalahannya terbit dari awal PKR di
tubuhkan yang tidak selari di antara penjawat parti dan kerajaan. Anwar menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar
bukan beliau mahukan Khalid sangat, tetapi Khalid di perguna untuk mengimbangi
pengaruh pendukungnya sendiri seperti Azmin dan yang lain-lain.
Kalau di pandang dari sudut moral
politik dalam PKR itu sendiri, Anwar sepatutnya memberikan peluang kepada
Azmin, yang merupakan orang yang paling setia dengan beliau untuk mengendalikan
kerajaan negeri Selangor sejajar dengan kedudukannya sebagai Pengerusi kepada
PKR Selangor.
Oleh kerana Azmin terlalu rapat dan
setia kepada Anwar, Ketua Umum parti itu hanya mengambil Azmin ini
sebagai 'orang semendanya sahaja, dipanggil datang dan disuruh pergi'.
Segala-galanya
Azmin ini dianggapnya sebagai 'tali untuk mengelak dan sebagai tangkai
untuk
menjinjing' sahaja. Dia mengambil Azmin ‘for granted’ sejak dari mula
lagi.
Sekarang Khalid telah dipecat dan
apa pun ‘consequence’ terhadap tindakan pemecatan Khalid dari PKR itu
sepatutnya menjadi tanggungan PKR dan Pakatan Rakyat sendiri. Sekarang Khalid
adalah seorang Menteri Besar bebas yang diperkenan oleh Tuanku Sultan dan
Khalid telah memecat semua anggota Exco Selangor dari DAP dan PKR, kedua-dua
parti yang sangat kuat untuk menurunkan Khalid dari jawatannya untuk menyambung
‘langkah kajang’ yang di akui oleh Anwar sendiri, satu agenda hendak
memberhentikan Khalid dari menjadi Menteri Besar Selangor.
Alih-alih sekarang LGE pula yang berang
dengan pemecatan Khalid dan meminta Khalid terus dengan mengekalkan Exco dari
DAP dan PKR dalam kerajaan Selangor yang sekarang adalah Kerajaan Khalid yang
di sokong oleh Exco-Exco dari PAS. PKR dan DAP berkata yang Exco-Exco itu di
lantik oleh Tuanku Sultan dan hanya Tuanku Sultan sahaja yang boleh memecat
mereka. Tetapi PKR dan DAP juga terlupa kenapa mereka mahukan Khalid berhenti
kerana perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar dahulu pun adalah di atas
perlantikan Tuanku Sultan.
Sekarang Tuanku telah meminta
Khalid meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar dan masalah pemecatan Exco
oleh Khalid itu biarlah Menteri Besar dan Tuanku Sultan untuk menyelesaikannya.
Jika perlu pemecatan itu di persetujui oleh Tuanku, itu adalah urusan Khalid
dengan pihak Istana. Pimpinan DAP dan PKR ‘should stay outside and smoke
cigars’.
DAP nampaknya sedang menghadapi
masalah ciptaannya sendiri. DAP sekarang sangat panik kerana jika PAS akhirnya
bersama dengan Khalid Ibrahim maka ia mengesahkan yang Pakatan Rakyat sudah
kehilangan satu lagi kerajaan negeri yang di ketuai oleh PKR.
Ini semua adalah berpunca dari
‘Kajang Move’ anjuran Anwar Ibrahim dahulu dan sekarang untuk
melangsungkan ‘Kajang Move’ itu tidak
kesampaian kerana tersangkut di tengah jalan. 'Di sangka panas hingga ke petang,
tetapi hujan di tengah hari'.
Kejatuhan kerajaan PR di Selangor
adalah hasil dari tindakan Ketua Pembangkang itu sendiri. UMNO tidak pernah
mempunyai apa-apa peranan dalam isu ini. Sekarang jika UMNO membuat kerja
‘overtime’ kerana keadaan, itu adalah kerana tindakan Pakatan Rakyat yang
seolah-olah terminta-minta UMNO berbuat demikian.
UMNO yang begitu mengantuk,
tiba-tiba Pakatan Rakyat terutamanya PKR tersorong-sorongkan bantal kepada
mereka. Jadi jangan disalahkan UMNO jika mereka tidur nyenyak kerana PKR
sendiri yang menyorongkan bantal kepada UMNO yang sudah begitu lama mengantuk
itu.
Sekarang PKR dan DAP tidak dapat
tidur kerana bantal-bantalnya telah diserahkan kepada UMNO. Sekarang PR sedang
tercari-cari tempat berlindung kerana rumah yang dibinanya telah roboh akibat
tindakan bodoh mereka sendiri.
Sekarang dari menjadi penguasa
kerajaan yang megah dan kuat, sekarang ini ada tanda-tanda PKR dan DAP sudah
menjadi pengemis dan kembiri politik di Selangor jika kita baca kenyataan-kenyataan
dari pimpinan DAP dan PKR semalam. Salah seorang rakan politik saya yang begitu
lama tidak saya temui berkata, “I feel sorry for DAP, Kenapalah mereka menumpang pokok yang hendak rebah tu”
Ada pepatah orang kampung saya, ‘togah dek lonjak,
posok ketayap dikopalo’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan