MSO
Daku kurang
bersetuju dengan tindakan mahasiswa yang memprotes PTPTN kemudian
berkhemah di Dataran Merdeka yang bersikap kurang sopan tempoh hari
dengan mengarakkan gambar perdana menteri dan menteri pengajian tinggi.
Bagi saya tindakan itu tidak bersopan langsung dan diluar darjat
perilaku mahasiswa.
Alasan
saya protes atau perkhemahan itu tetap juga mendapat perhatian umum
kalau pun tanpa mengarak gambar Najib dan Khalid Nordin seperti gambar
cina mampos di mana perbuatan itu agak mengilankan bagi orang Melayu.
Sesiapa pun tidak boleh melarang tindakan mahasiswa itu kerana ia adalah
satu saluran membela diri mereka sendiri.
Sewajarnya mereka
bukan saja bersikap begitu atau berkhemah, tetapi mereka menyenaraikan
beberapa masalah atau beban yang terpikul dari PTPTN biar masayarakat di
luar yang jahil mengenainya akan tahu. Selain itu mereka juga
mengemukakan jalan keluar bagi mengatasinya. Kerana itulah sebaik-baik
penyelesaian. Isu PTPTN adalah isu rakyat yang bukan saja menjadi milik
Pakatan Rakyat tetapi ia juga menjadi milik UBN.
Justeru cadangan
untuk diadakan perdebatan di antara Pengarah Strategi PKR Rafizi dengan
Ketua Pemuda Umno yang tidak ada kuasa, Khairy Jamaluddin dialu-alukan.
Dari perdenbatan ilmiah itulah rakyat umum akan dapat melihat dan
menilai sejauh mana relevansinya PTPTN diteruskan ataupun dihapuskan
(hutang) dan diganti dengan skim baru bagi meringankan bebanan pelajar.
Pun
begitu kandati saya kurang setuju dengan setengah tindakan mahasiswa
itu, saya amat tidak setuju dengan tindakan sepuak samseng yang
menyerang perkhemahan mahasiswa itu awal pagi tadi. Tindakan itu bukan
saja jahat dan keji tetapi perbuatan manusia yang tidak bertamadun dan
meletakkan otak di tumit kaki. Tidak kira siapa mereka dan atas arahan
dan restu siapa mereka adalah banjingan yang perlu dikutuk.
Tindakan-tindakan
tidak berhati perut dan meletakkan otak di kepala lutut itu sepatutnya
tidak berlaku lagi. Cara serang hendap itu juga menunjukkan mereka tidak
bertanggung jawab dan bacul. Kenapa kalau mereka merasa benar, dan
tindakan pelajar itu salah mereka tidak mendatangi pelajar itu secara
siang hari? Kenapa harus mendatangi di waktu malam? Hanya orang yang
pengecut sahaja melakukan tikaman dari belakang dan mereka yang tidak
ada otak saja menggunakan kekerasan fizikal.
Kepada saya tindakan
itu tidak memberi untung kepada siapa juga yang menyuruhnya. Setakat
ini tidak ada mana-mana pihak bertanggungjawab dengan kejadian itu.
Samseng dan orang jahat di Malaysia ini masih jauh nilainya kalau
dibandingkan dengan pengganas di luar negara seperti al Qaeda atau puak
Tamil Elan di Seri Lanka di mana mereka akan mengaku kalau mereka
berbuat sesuatu.
Namun begitu, implikasi atas perbuatan jahat itu
kini akan terkena ke atas batang hidung Umno. Umno akan dilihat sebagai
bertanggungjawab dan menjadi dalang di sebalik kejadian itu. Kenapa
saya berandaian begitu, kerana beberapa kejadian serangan dan keganasan
ala mafia bilis yang berlaku sebelum ini ada kaitan terus dengan Umno.
Kejahatan dalam Umno juga penerusan daripada kejadian dan samseng lama
sebelum ini yang pernah berlaku di Kelantan sekitar tahun 1959.
Misalnya
yang menyerang masyakat India di Jalan Kebun, ianya diketuai oleh
pemuda Umno. Serangan terhadap Anwar di Sembrong Johor ia dipayungi oleh
pemuda Umno. Kibaran bendera Umno di tempat kejadian mengesahkan
hakikat itu.
Begitu juga dengan kejadian cuba menampar Nurul
Izzah di Pahang ia juga diketuai sendiri oleh seorang Adun Umno.
Bukti-bukti itu jelas menunjukkan serangan dan kejahatan dilakukan ke
atas program Pakatan Rakyat datangnya dari Umno, atau Umno yang
melakukan sendiri dengan mengguna atau berselindung di sebalik gerakan
dan pertubuhan tertentu.
Dalam hal ini saya rasa ia tidak
menguntungkan Umno. Umno mendapat damage yang teruk. Umno harus segera
membendung kejadian ini untuk mengelakkan parti itu dilihat terdesak dan
sudah kehilangan punca. Umno sebagai tunggak kerajaan UBN boleh meminta
polis agar bertindak tegas atau membendung kejadian seumpama itu yang
langsung tidak memberi markah buatnya.
Saya merasakan polis juga
bersubahat dan mengikut arahan Umno dalam beberapa siri-siri kejahatan
ini. Kerana di sesetengah tempat kejadian polis seakan tidak bertindak
dan membiarkan sahaja. Polis hanya bersikap tunggu dan lihat dan akan
bertindak disaat-saat akhir apabila api sudah nyala dan membakar. Di
manakah tugas dan tanggungjawab polis sebagai pencegahan kecelakaan dan
mengawal keadaan?
Misalnya, perkhemahan pelajar itu tidak akan
sempat diganggu kalau polis memberi kawalan kesemlataan dan memantau
keadaan. Mustahil polis tidak dapat membuat ramalan yang perhimpunan itu
akan diganggu. Menjadi tugas polis tidak kira siapa yang berhimpun
mereka perlu memastikan kawalan dan menjamin keselamatan. Hal-hal atau
kurang peka polis inilah menyebabkan kewujudan pasukan itu menjadi
pertikaian kini.
Tetapi kalau polis juga sudah berpihak kepada
mana-mana pihak maka fungsi mereka sebagai pasukan keselamatan sudah
tidak ada lagi. Dan sekiranya polis tidak dapat meramalkan sesuatu akan
berlaku setelah pelajar itu berhimpun beberapa hari dan gagal disuraikan
oleh DBKL, maka adalah bodoh sangat polis dibahagian cawangan khas dan
risikan.
Justeru saya percaya polis tahu dan memantau keadaan itu
dengan meletakkan anggotanya sesuai dengan jumlah himpunan itu tidak
sampai 100 orang pada malam saya mengujungi tempat itu. Malahan dua tiga
orang muka ala-ala SB ikut sama berkeliran dalam kumpulan orang ramai
yang mengujungi tempat itu menyamar menjadi jurugambar dan reporter.
Jadi
adalah mustahil kalau polis tidak mengetahui dan membaca langkah para
samseng itu. Kalaulah benar polis tidak mengetahui maka cetek sangatlah
ilmu intelegent polis Malaysia. Negara menghabiskan wang berjuta-juta
ringgit menghaantar polis ke luar negara untuk berkurus dalam bidang
bereknaan ada sia-sia saja kalau polis gagal memanfaatkannya.
Sekali
lagi saya tegaskan Umno khasnya Menteri Dalam Negeri yang mengawal
polis harus memita polis menjalankan tugas dengan baik dan sepatutnya.
Jangan sesekali menggunakan polis untuk kepentingan Umno kerana polis
adalah hak rakyat, polis adalah Polis DiRaja bukan Polis Di Umno.
Bagi Umno pula setiap kali kejadian seumpama itu berlaku orang akan mengatakan Umno sudah desprate dan
hilang kekuatan dan wibawannya. Umno semakin tidak mendapat kepercayaan
golongan intlektual dan masyarakat umum lantaran itu polis menggunakan
samseng liar dan cuba kontrol (peralatkan) polis agar memberi jalan
untuk melakukan pengkhianatan seperti apa yang berlaklu ke atas
perkhemahan pelajar itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan