Isnin, 30 April 2012

Wartawan asing dedah sikap polis

KL TODAY

 


Bagai berjuang di medan perang.Bezanya, dalam suasana perang, kita boleh bertindak membalas serangan musuh.Dalam suasana yang kami – saya dan jurugambar, Taufik A. Kader – hadapi pula ketika membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0, ia ibarat ‘durian dengan mentimun’.

Nyawa kami dan puluhan ribu peserta perhimpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 di kawasan berdekatan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bagai nak putus apabila kawasan itu diselimuti asap putih gas pemedih mata menyesakkan nafas yang dilancar pihak polis dan suasana huru-hara akibat kejadian itu.

Anehnya, berbeza daripada suasana perhimpunan sulung dan kedua Bersih pada 2007 dan tahun lalu, kali ini pihak wartawan, selain para peserta Bersih 3.0, turut menjadi buruan dan sasaran ‘ancaman’ pihak berkuasa yang bertugas

.Gambar: Beberapa anggota polis menahan dan mempersoalkan kehadiran wartawan asing ini serta meminta menunjukkan dokumen media tambahan sebagai bukti, walaupun wartawan berkenaan memakai pas media rasmi.

Ketika saya cuba melarikan diri daripada dicengkam kesan gas pemedih mata dan bimbangkan keselamatan rakan saya itu – yang terpisah ketika tembakan dan semburan gas pemedih mata dan cecair kimia ditujukan ke arah peserta perhimpunan – saya terserempak kira-kira lapan hingga 10 orang anggota polis sedang membelasah seorang pemuda berusia 20-an tahun yang longlai di sebatang lorong penghubung Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan Jalan Masjid India.

Ketika itu, beberapa orang polis yang menyedari percubaan saya dan seorang jurugambar media asing untuk merakamkan insiden itu meluru ke arah kami lalu mengancam dengan kata-kata:

‘Awas, jangan ambil gambar! Nanti aku pecahkan kamera kau!’

Dengan pantas kamera peribadi saya ditepis dengan ganas dan terjatuh ke tanah, manakala saya dapat menangkis percubaan seorang lagi anggota polis daripada merosakkan kamera jurugambar media asing itu. Mujur kamera saya tidak rosak.

Namun, beberapa wartawan lain – asing dan tempatan – turut mengalami nasib sama.

Mereka diancam, dimarahi, ditahan dan disoal siasat, serta kad memori kamera dan dokumen media dicampak polis dengan kasar.

Sementara itu, Taufik terpaksa berlindung di bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menjadi sasaran lima tembakan gas pemedih mata.

Lega hati saya mendapat tahu beliau selamat selepas entah beberapa kali dihubungi.

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, bagaimanapun berkata pihak polis bertindak profesional ketika menangani episod huru-hara itu.

Hakikat suasana sebenarnya amat mengelirukan kerana sesiapa sahaja di kawasan Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, sekitar stesen LRT Masjid Jamek dan Jalan Raja Laut berpotensi menjadi sasaran anggota seragam biru.

Emosi manusia memang boleh mencapai tahap bahaya, jika ia dibiarkan didorong oleh naluri keganasan haiwani kita dan hilangnya sikap peri- kemanusiaan di kalangan kita.

Wartawan tersebut ialah Darwis Said yang bertugas dengan Berita Harian Singapura.

Media terlalu menyebelahi polis?

KL TODAY


 


Agak mengejutkan apabila laporan yang disiarkan oleh media sama ada media cetak dan media elektronik semalam, 29 April mengandungi berita yang menghala ke satu tujuan iaitu meletakkan segala kesalahan kepada peserta Bersih 3.0 dan memberikan liputan yang positif kepada pihak polis.

Presiden Intelek Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, laporan itu seolah-olahnya semua tindakan yang dilakukan oleh polis adalah betul dan tepat.

Katanya, laporan yang berat sebelah dibuat oleh media sudah tentu akan membina satu persepsi buruk terhadap Bersih 3.0 sedangkan realitinya himpunan yang aman itu bertukar menjadi ganas, kacau-bilau dan huru-hara akibat gangguan dan halangan yang dilakukan oleh pihak polis secara langsung dan tidak langsung.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengiktiraf demokrasi yang memberikan keadilan dan hak kepada semua rakyat perlu memberikan ruang kepada rakyat untuk berhimpun di ibu negara.

Ini, ujarnya kerana himpunan yang dilakukan itu bukan himpunan tanpa tujuan tetapi bagi menuntut sistem yang adil dalam PRU yang amat dipertikaikan pada masa ini kerana PRU adalah merupakan ruang untuk rakyat memilih sebuah pemerintahan yang mereka inginkan.

“Laporan media jelas begitu berat sebelah. Sebagai contohnya, laporan berita TV3 menyatakan bahawa terdapat pegawai polis yang cedera sedangkan kecederaan yang dialami oleh peserta Bersih jauh lebih ramai dan jauh lebih teruk kecederaannya.

“Kenapa kecederaan peserta Bersih tidak mahu dilaporkan, adakah kerana sememangnya maklumat itu tidak diterima ataupun sengaja mahu disorokkan?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Sebab itu, kata beliau persoalan tentang integriti media massa bukanlah sekadar persoalan yang bersifat teoritikal, sebaliknya merupakan persoalan pengaplikasian yang praktikal bukan sekadar slogan sahaja.


Tambahnya, laporan yang tiada integriti ataupun tiada kejujuran akan menyebabkan sama ada rakyat akan membenci Bersih 3.0 ataupun rakyat akan membenci media massa arus perdana yang berterusan melaporkan berita yang tidak telus dan menyebelahi pemerintah dan konco-konconya.

“Media massa sepatutnya bebas untuk memberikan laporan yang adil kepada semua berita, bukan hanya yang positif untuk pemerintah sahaja tetapi perlu juga berita yang dapat membandingkan apa yang berlaku,” katanya lagi.

“Akhirnya, pembaca akan bertindak satu hala yang bersesuaian dengan pemerintah,” ujarnya.

Maka, jelasnya tidaklah menghairankan mengapa Bersih bersungguh-sungguh mahu agar media massa melaksanakan tugas dengan bebas dan adil dalam salah satu tuntutan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Usus ibu 50 tahun pecah dipijak polis

KL TODAY

 


“Dahi mak koyak, ususnya pecah dipijak sekumpulan polis berpakaian preman,” kata Khalid Ismeth, anak kepada Faridah Abdul yang parah akibat dizalimi pihak berkuasa itu pada perhimpunan Bersih 3.0.

Bercakap kepada  KeadilanDaily, pemimpin Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(Kami) itu hairan mengapa ibunya menjadi sasaran kerananya ibunya sudah berusia 50 tahun.

Beliau yang mengetahui hal ini selepas diceritakan kakaknya, Nurul Hanilah yang menyaksikan kezaliman itu, berkata, ia berlaku selepas ibunya jatuh di depan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ibu mahu lihat kebangkitan anak muda. Sebab itu beliau hanya lihat situasi dari perkarangan pejabat DBKL, malah ibu bukan berbaju kuning,” katanya.

Ibu Khalid kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menerima tujuh jahitan di dahi manakala ususnya mungkin dibedah selepas dipijak dan diterajang sekumpulan polis yang memakaki kasut but keras.

“Ibu hanya boleh minum air, sukar bercakap dan terpaksa dimasuklan air ke badan 24 jam tanpa henti kerana tubuhnya sangat lemah tapi masih bersemangat berkempen menolak Umno BN kepada staf perubatan.

“Doktor beritahu ibu mungkin dibedah kerana ususnya cedera serius,” katanya   yang menemani ibunya sepanjang hari ini.

Keputusan mengenai pembedahan itu, katanya diketahui Khamis ini kerana doktor mahu melihat sejauh mana kerosakan usus.Sumber: KeadilanDaily.com

Bersih 3.0 jauh lebih besar

Abdul Shukur Harun
 
 


Ketika berada di tengah Himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu, saya mendapati himpunan itu mencapai kejayaan luar biasa. Bukan semata-mata kerana ia disertai oleh ratusan ribu orang, terutama golongan muda, tetapi juga disertai pelbagai kaum dan agama. Ia jauh lebih besar dari Himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu. Dianggarkan lebih kurang 300,000 orang telah menyertai himpunan kali ini.

Ini bukti nyata bahawa rakyat yang sedar – merentasi kaum dan agama – – telah sama-sama berjuang untuk menuntut pilihan raya yang bersih dari pelbagai penipuan dan manipulasi, terutamanya mengenai daftar pemilih yang masih kotor.

Himpunan itu juga disertai majoriti golongan muda yang amat sedar akan pentingnya sebuah pilihan raya bersih demokratik. Saya bertemu dengan seorang anak muda, kira-kira 25 tahun, bernama Amir Razali di himpunan itu, katanya:

“Pilihan raya adalah permulaan dari bentuk pemerintahan negara. Kiranya pilihan raya itu tidak bersih, penuh penipuan, tidak mungkin kerajaan yang menang itu akan dapat menjalankan pemerintahannya dengan bersih, adil dan terbuka.”

Beliau baru saja menghabiskan pengajiannya di sebuah kolej dan berhasrat menyambung pengajiannya hingga ke peringkat Phd, jurusan ekonomi, “kalau cukup wang, sebab keluarga saya miskin.”

Beliau antara puluhan ribu anak muda – pelbagai bangsa dan agama – yang berdiri di depan Masjid Negara untuk bersiap menuju tempat paling hampir ke Dataran Merdeka yang dikepung segenap penjuru oleh pihak berkuasa.

Sejak jam 10.00 pagi Masjid Negara dan Masjid Jamek (yang paling dekat dengan Dataran Merdeka), orang ramai telah berkumpul dan memenuhi jalan raya. Mereka bertali arus datang. Saya sendiri tiba di pekarangan tempat kereta di hotel sebelah KL Central dan bersolat Subuh di sana.

Selepas itu beramai-ramai menuju ke Masjid Negara. Orang ramai juga ada yang berkumpul di Brickfield untuk menuju ke tempat paling dekat dengan Dataran Merdeka seperti diarahkan.

Ketika matahari muncul, orang ramai terus berdatangan ke Masjid Negara. Ramai di antara mereka – ramai dari Kumpulan Lynas dari Pahang – yang sepatutnya tiba di KLCC, tidak dapat ke sana kerana pelbagai sekatan jalan. Bagaimanapun jumlah yang berada di sana juga ramai.

Pagi itu cuaca cerah seperti merestui Himpunan hari itu. Orang ramai di mana-mana, di tepi jalan ada yang duduk untuk makan bekalan yang dibawa, sementara pergerakan menuju ke Masjid Negara dan Masjid Jamek terus rancak.

Kalangan peserta, kebanyakan penyokong DAP, seperti diarahkan, berhimpun di Jalan Sultan, berhampiran Petaling Street. Cuaca pagi terus cerah, awan putih di langit bagaimana memerhatikan pergerakan rakyat hari itu.

Suasana bandaraya kelihatan ceria, pembersih sampah menjalankan tugasnya, kendereaan bergerak seperti biasa di jalan-jalan yang tiada sekatan. Namun semua jalan ke Dataran Merdeka disekat,  bukan saja dengan kun merah tetapi juga kawat berduri yang kelihatan masih baru dipakai, sementara di sana sini pasuka polis mengawal dengan ketatnya.

Di pekaran Masjid Negara orang ramai terus berdatangan dan pelancong juga ramai tiba, mengambil gambar dan kelihatan tertarik melihat apa yang berlaku. Tidak terlihat kebimbangan mereka. Saya bersolat Sunat di sana, sementara orang ramai ramai terus berdatangan, Matahari mulai meninggi. Unit Amal PAS bertugas dengan baik mengawal keadaan.

Saya menelefon Sasterawan Negara, A. Samad Said di mana beliau berada. “Saya berada di rumah (di Bangsar) dan akan bertolak ke sana sebentar lagi dengan LRT.” Saya bertanya lagi, sama ada beliau datang dengan pengawal peribadi, beliau segera menjawab, “Tidak, saya berlindung dengan Allah.” Dan saya menjawab, “Alhamdulillah.”

Masjid Negara itu terus menjadi saksi akan kebangkitan rakyat. Himpuna membantah PPSMI, Bersih 0.2 tahun lalu juga diadakan di sana. Bermakna Masjid Negara mempunyai makna penting dalam sejarah kebangkitan rakayat. Orang ramai terus berdatangan dari segenap penjuru dan Unit Amal berada di mana-mana, tahniah atas khidmat mereka yang cemerlang. Saya bertemu dengan para sahabat dari Selangor – YB Ir. Khalid Samad, YB Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Kedah, YB Johari Abdul, YB Firdaus, Ahli Exco Selangor serta Ustaz Haji Ahmad Awang dan isteri, serta ramai pimpinan PAS Selangor.

Di pekarangan masjid – berdepan dengan stesyen keretapi lama, Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi dan tokoh lain menyampaikan arahan dan ucapan. Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang menyampaikan ucapan di Dataran Maybank, sementara para pemimpin Bersih 0.4 berada di pelbagai tempat yang telah ditentukan.

Di pekarangan masjid, kelihatan ramai kalangan bukan Islam yang datang dari arah Brickfield. Seorang di antaranya yang saya temui, mengenalkan namanya, Mr. Tan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau bersama isteri datang dari Segamat, Johor bersama empat orang sahabatnya dan tinggal di hotel berdekatan.

“Saya gembira tengok semua kaum ikut dalam Himpunan ini. Ini betul-betul bersih, tak ada perkauman. Kita semua datang untuk menghantar mesej kepada kerajaan supya mengadakan pilihan raya dengan bersih, jangan tipu,” katanya.

Kalangan anak muda kelihatan mendominasi Himpunan Bersih ini dan mereka kelihatan berada di mana-mana dengan baju kuning dan lilit kepala Bersih penuh semangat.  Inilah generasi akan datang yang akan menanganai cabaran mendatang. Bagamanapun, kelihatan ramai kalangan veteran yang masih bersemangat dan ikut dalam arus kebangkitan ini.

Pada pendapat saya, ini adalah isyarat sangat jelas bahawa perjuangan ini didukung oleh kalangan anak muda, golongan veteran, malah ribuan muslimat turut berada di tengah-tengah Himpunan itu – di depan stesyen keretapi lama, di Masjid Negara, di jalan dari Sogo, di KLCC, sepanjang jalan arah ke Masjid Jamek yang sangat kritikal dan paling banyak menerima semburan gas pemedih mata.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Sasterawan Negara, A. Samad Said sempat bersolat Asar di Masjid Negara kira-kira jam 5.15 petang selepas Himpunan dan disambut oleh orang ramai yang masih berada di situ.

Saya menyaksikan wartawan Aljazeera, wartawan BBC, wartawan TV Australia, Hong Kong, Singapura dan banyak lagi media antara bangsa merakamkan peristiwa ini di samping menemuramah pemimpin Bersih 3.0  dan orang ramai.

Ini bermakna protes rakyat ini sedang disaksikan oleh dunia, apalagi Himpunan Bersih 3.0 turut diadakan puluhan kota besar di seluruh dunia, termasuk di Makkah dan Madinah. Seluruh dunia tahu bagaimana demokrasi ‘disandiwarakan’ di negara ini dan tidak syak lagi pemerintahan Barisan Nasional sedang dalam perhatian seluruh dunia.


Sesungguhnya gelombang kesedaran dari lautan manusia, peserta Himpunan Bersih 3.0 ini sepatutnya disedari oleh pemimpin pemerintah supaya menjalankan pilihan raya penuh demokratik, terutama membersihkan daftar pengundi. Ini sangat penting disedari, tetapi sangat malanglah jika mereka gagal memahami gelombang rakyat ini di mana kesannya tidak dapat dibayangkan.

Bersih 3.0: Anwar arah ke jalan TAR, bukan Dataran

Hazayani Zakaria,
 

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

"Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka.

Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-blog pro Umno.

"Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran.

"Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis.

"Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

"Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya.

Beliau juga mempersoal polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta sedangkan tindakan boleh diambil ke atas sekumpulan yang didakwa merempuh penghadang.

"Kalau isu masuk ke Dataran satu kesalahan, kenapa sembur air kimia dan gas pemedih ata kepada semua orang?

"Ambil sahaja tindakan kepada mereka yang merempuh masuk itu," katanya.

# Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275

Kesatuan wartawan kutuk tindakan polis

MALAYSIA KINI

Enam kesatuan wartawan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyiasat dakwaan tindakan ganas dalam perhimpunan BERSIH 3.0 secara terperinci dan mendakwa individu terbabit.

Enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.

"Perdana menteri mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua anggota unit beruniform memahami dan menghormati peranan wartawan dan memberi pampasan ke atas barangan mereka yang dirosakkan dengan sengaja," menurut kenyataan itu.

Laporan media, video dan tulisan di Facebook dan di Twitter wartawan dan rakan setugas mereka menunjukkan sekurang-kurangnya enam kejadian seperti itu.

"Kami melihat insiden ini sebagai serangan bersepadu ke atas kebebasan media memandangkan ia nampaknya disasarkan untuk menghalang kewartawanan profesional dalam mendokumentasi keganasan polis ke atas sebahagian peserta BERSIH," kenyataan itu dipetik.

Sikap polis terhadap pemberita seperti itu mungkin disebabkan oleh rasa malu mereka terhadap gambar dan video berhubung kekejaman polis yang dirakam wartawan sebelum ini, menurut kenyataan bersama itu.

Turut menandatangani kenyataan itu ialah Persatuan Media dan Jurugambar Cina Pulau Pinang, Kelab Media Pulau Pinang dan  Penang Press Employees Cooperative Society Limited.

Polis: Pertempuran mungkin berlaku dengan peserta

MALAYSIA KINI

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pertempuran di antara polis dan peserta boleh berlaku sekiranya pasukan itu tidak melakukan tindakan penyuraian ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, polis hanya mengambil tindakan itu apabila kumpulan peserta berkenaan mula bertindak agresif.

"Sekiranya tindakan penyuraian tidak diambil seperti demikian, pertempuran boleh berlaku dan keadaan akan menjadi lebih berbahaya kepada kedua-dua pihak.

"Hanya apabila perusuh bertindak agresif dengan mengubah dan merempuh halangan yang mereka hendak menawan Dataran Merdeka, barulah pasukan polis terpaksa mengambil tindakan untuk menyuraikan kumpulan dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata."

Katanya lagi, polis sejak awal lagi bertindak secara tidak berkonfrontasi dalam menangani perhimpunan tersebut.

Tindakan itu juga "berpandukan kepada bidangkuasa undang-undang arahan ini adalah jelas dan telah dikeluarkan kepada petugas polis untuk memerhati dan memberi laluan perhimpunan tersebut sejak awal lagi," katanya.

Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Ismail juga berkata perhimpunan itu bukan satu perhimpunan aman.

"Perhimpunan itu adalah demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi satu rusuhan. Harta benda dirosakkan oleh perusuh dan mereka juga mencederakan pegawai polis yang bertugas," katanya.

Beliau turut menyalahkan penganjur yang "tidak mengotakan janji dan tidak mengawal penyokong sehingga mereka bertindak ganas di luar batas undang-undang."

Tambahnya, beliau kesal kerana penganjur tersebut tidak menerima tawaran Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium.

IGP: Rampas kamera, rakaman bukan SOP

Zulaikha Zulkifli Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan yang membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu bukan sebahagian daripada garis panduan operasi polis (SOP).

Beliau berkata demkian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam yang menyatakan sebaliknya.

Ismail juga berkata, wartawan perlu dilindungi dalam perhimpunan seperti itu.

'Apa salahnya Aziz, Wan Omar jadi ahli Umno?'

MALAYSIA KINI

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak gesaan pembangkang supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, kerana mereka dikatakan menjadi ahli Umno.

"Dalam kerajaan, ada juga ahli PAS, mereka tak aktif kerana kerajaan tidak benarkan mereka aktif," katanya dalam sidang media hari ini.

"Jadi apa yang salahnya dengan beberapa kakitangan kerajaan berkata mereka adalah ahli parti, tetapi mereka tak aktif?"

Beliau berkata demikian selepas melancarkan versi Melayu memoir beliau 'Doktor di Dewan: Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad'.

Ramalan RAHMAN dan Perdana Menteri Malaysia terakhir dari Umno

Wong Choon Mei, Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle

Seperti novel terlaris karya Dan Brown, The Da Vinci Code, ahli –ahli Umno mempunyai jawapan rahsia untuk meramal siapa bakal presiden parti dan seterusnya perdana menteri Malaysia. Ia di panggil ramalan RAHMAn. Apabila ada kemusykilan siapa pemimpin yang lebih baik yang patut mengganti kan sesorang, 6 huruf ini akan di rujuk dan digunakan untuk menyokong hujah dan sebagainya.

Pada masa ini, presiden Umno ialah Najib Razak, yang juga Perdana Menteri Malaysia ke 6. Jelas berdasarkan code RAHMAN, Najib bakal menjadi ‘Pu Yi’, iaitu maharaja terakhir China.Walaupun beliau bukan presiden parti terakhir, ramai rakyat Malaysia termasuk ahli Umno yang percaya beliau akan menjadi PM Umno yang terakhir untuk Malaysia.

Kononnya kepercayaan karut ialah alasan utama populariti ramalan RAHMAN. Tapi satu lagi pemangkin utama kepada kepercayaan tersebut ialah apabila sampai ke huruf akhir’N’, kuasa Umno sebagai entiti yang dominan dalam politik Malaysia akan semakin luntur semakin jelas dengan kurangnya pemimpin pelapis dalam parti itu. Kekurangan bakat dalam Umno sangat jelas hingga kepada orang luar. Sejak berdekad yang lalu, golongan pemimpin elitis menutup pintu persendirian yang paling dalam, menghalang kemasukan lain kecuali kepada keluarga2 politik-seperti keluarga Mahathir,Najib dan sepupunya Hishammuddin Hussein.

Mahathir menepati ramalam yang PM ke 4 mempunyai nama yang bermula dengan huruf ‘M’.Belia diberikan jawatan tersebut oleh bapa Hisham, Hussein Onn, PM ke3 dan menepati ramalan huruf ‘H’ dalam kod itu. Bapa Najib,Abdul Razak ialah perdana menteri ke2 iaitu huruf ‘A’ . Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman, yang namanya bermula dalam ramalan RAHMAN, tidak mempunyai pewaris lelaki.Satu lagi kumpulan yang cuba memecah masuk ke lingkungan ini tapi ditolak ialah dari perdana menteri ke 5 Abdullah Badawi, yang cuba mengengahkan menantunya Khairy Jamaluddin tapi tidak berjaya.

Mod Penafian


Sejak bertahun –tahun, bila kritik membangkitkan isu kekurangan bakat dan kesan negatifnya kepada ekonomi, Umno mengabaikan isu ini kerana sedar kesilapan mereka mengamalkan polisi perkuaman yang menafikan kaum bukan Melayu dalam semua segi hingga memaksa ribuan rakyat berhijrah ke negara lain termasuk negara jiran, Singapura.

Bila penganalisa membangkitkan masalah yang sama dalam hierarki parti, Umno menolak cakap-cakap mengenai nya dan menganggap nya khabar angin yang dibawa oleh pesaing politik mereka. Tapi hari ini, dengan PRU 13 semakin hampir, dan ramalan RAHMAN sudah di hujungnya, Umno tiada pilihan selain menghadapi kenyataan yang kerapuhan kedudukan mereka menghadapai pilihanraya adalah akibat dari kurangnya pemimpin pelapis.

Untuk sebab apapun, Mahathir menimbulkan isu kelemahan ini minggu lepas, akhirnya mengakui Umno kurang Melayu bijak. Ini satu kelemahan serius kerana Najib dan isteri nya Rosmah tidak popular dikalangan rakyat. Malahan, bayangan bahawa pasangan ini akan memimpin negara ini untuk 5 tahun lagi jika Umno-BN menang PRU 13 amat menakutkan kepada sebilangan besar masyarakat.

Walau jelas sudah terlambat untuk menggantikan Najib sebagai presiden Umno, jika beliau gagal menang lebih jumlah kerusi berbanding Badawi, ini akan menutup peluang Najib. Najib mungkin akan berusaha gigih untuk dipilih semula di pemilihan parti yang dijangka dijalan kan tahun ini, belaiu masih akan tersingkir jika tewas di PRU 13.Mantan menteri kewangan,Daim Zainudin dan kuasa besar kedua dalam Umno selepas Mahathir, sudah memberi amaran Muhyiddin atau pencabar baru akan menggantikan Najib jika hal itu berlaku.

Pasangan sepupu yang tidak berkaliber dan TPM yang terhegeh-hegeh


Samada apa yang dikatakan Daim betul atau tidak belum dapat dipastikan, tapi pandangan sebahagian besar rakyat Malaysia

bahawa Muhyiddin tidak boleh dipertimbangkan sebagai ‘berbakat’. Pada usia 64 tahun, beliau tidak dapat memberi kan imej seorang pemimpin pada dirinya.
Ramai berkata bekas menteri besar Johor ini Cuma layak menjadi orang kanan PM .

Jadi pelakun tambahan saja tapi bukan pelakun utama.Masalah utama beliau ialah kurang nya sokongan akar umbi, walaupun di negeri Johor sendiri.


Hisham dan Najib ialah sepupu. Ibu mereka adik beradik dan masing-masing isteri kepada PM kedua dan ketiga Malaysia.Kebetulan itu mungkin rekod negara atau dunia tapi sedihnya, anak sulung dua wanita hebat ini tidak dikurniakan bakat walaupun lahir dalam keluarga mewah.

Adakah andaian ini adil? Mudah untuk kita uji, tanya sahaja soalan-soalan berikut. Siapa lebih bijak-Najib atau Hisham? Siapa kurang malas-Najib atau Hisham? Siapa yang berfikir pantas dan asimilasikan idea dan konsep lebih cepat-Najib atau Hisham? Siapa yang lebih baik dalam memperkenalkan perubahan dalam Umno dan Malaysia-Najib atau Hisham?Siapa yang berani menentang Mahathir dan menyuruhnya diam-Najib atau Hisham?

Mereka bukan dari acuan yang sama tapi tidak banyak perbezaan dalam nilai2 dan kualiti . Seperti sepupunya,Hisham berada dimana beliau berada sekarang kerana bapanya. Hisham tidak boleh berdiri sendiri dan setakat ini tiada yang boleh dibanggakan telah dilakukan nya yang mempunyai impak positif dalam masyarakat walaupun beliau sudah berada dalam Kabinet lebih satu dekad. Hisham dikatakan tidak berkeupayaan semasa menjawat jawatan Menteri Pendidikan dan melancarkan satu program makmal komputer sekolah yang gagal. Bukan saja kurang dana untuk projek itu malahan kesan nya juga tidak ketara langsung.

Hisham juga ggaal meningkatkan taraf universiti2, dan dibawah jagaan nya, tiada kemajuan dalam sistem pendidikan. Bila beliau dijadikan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2009, pelajar2 dan lepasan universiti masih berada di takuk lama.

Apa yang perlu Umno buat kini, bagaimana dan siapa yang akan memimpin untuk kembali ke pangkal jalan


Dengan ketiakupayaan begitu,bagaimana Hisham boleh menyangka beliau akan ‘diberi’ jawatan PM hanya kereana ‘giliran’ nya selepas Najib? Bagaimana Najib boleh bertahan sebagai presiden Umno jika beliau gagal menghalang Pakatan Rakyat yang dipimpin pemimpin pembangkang,Anwar Ibrahim?.

Pada masa lepas, mentaliti feudal begitu kuat menguasai Umno, ahli2 hanya diam dan terima ada yang diputuskan oleh pemimpin elit. Sekarang, dengan kurangnya bakat dan kurang keupayaan Najib mentadbir, ramai bimbang parti akan hilang semuanya di PRU13.Tiada siapa jangka ahli2 Umno akan dengan mudahnya beratur menunggu giliran seperti sebelum ini.

Masalahnya,apa perlu Umno lakukan sekarang? Bagaimana hendk kembali ke jalan betul, bagimana tindakannya dan kemana arahnya? Orang yang boleh menjawab soalan2 dan siapa yang boleh meyakinkan majoriti ahli parti bahawa beliau ada penyelesaian ialah pemimpin yang dicari Umno.

Barisan bintang yang kurang gemerlapan

Anak lelaki Mahathir, Mukhriz lebih teruk dari Hisham. Walau dengan niat bapanya untuk ketengah kan beliau ke tahap pemimpin tertinggi,Mukhriz gagal meyakinkan ahli2 Umno, yang nampak beliau sama seperti rakyat Malaysia yang lain- anak bongsu yang bergantung pada pengaruh bapanya dalam Umno.

Walaupun bapanya masih hidup dan kadang2 menjadi tajuk akhbar, Mukhriz masih belum mampu naik atas nama nya sendiri. Jika satu hari nanti Mahathir telah tiada, tentu Mukhriz terus dilihat sebagai biasa. Ramai rakyat tidak tahu pun nama kementerian nya, masih anggap beliau sebagai anak bongsu Mahathir- yang muda lagi sudah botak daripada sebagai seorang menteri yang banyak sumbangan dan berkesan.


Dari sayap wanita dan Pemuda, kedua-dua ketua –Shahrizat Jalil dan Khairy Jamaluddin- sudah dicemari dengan musibah NFC RM250 juta .Pintu sudah tertutup untuk keduanya.

Timbalan Shahrizat,Kamilia Ibrahim -mungkin boleh mengambil alih jawatan Kabinet dan ketua Wanita,tapi mungkin itu saja had bakat
Kamilia. Bolehkah Kamilia memimpin Umno keluar dari kesesatan, melihat betapa serius nya masalah ini?

Berani kah dia mencetus perubahan atau mengugut meninggalkan sayap utama jika Najib enggan
melaksanakan perubahan, sebagai contoh? Bagaimana beliau boleh terus memimpin jika demikian?


Mantan Ketua Wanita, Rafidah Aziz masih berharap untuk jawatan Senator dan jawatan kabinet Shahrizat yang bakal di lepaskan pada 8 April ini. Rafidah sendiri mempunyai rekod rasuah,beliau mungkin tidak dapat mempertahankan kerusi Kuala Kangsar yang telah lama ditangannya- apa lagi untuk mengilhamkan perubahan dalam Umno?


Bagi Tengku Razaleigh,MP Gua Musang dan mungkin seorang pemimpin Umno yang masih dihormati keranan pendirian teguh dan integriti nya, beliau mungkin tidak berupaya selagi Mahathir dan lain2 kuasa besar masih ada. Ku Li akan disabotaj sebaik saja mereka lihat beliau cuba kembali.Kenapa? Kerana Ku LI akan mendesak kepada perubahan dan beliau berani melakukannya.

Dan ini satu imej yang menyedihkan bila beliau,pada usia 72 tahun, seorang sahaja dalam Umno yang berani berbuat demikian.

Ku LI tidak boleh lakukan berseorangan dan beliau ada banyak musuh dalam Umno yang akan menghalangnya.


Yang lebih muda seperti Mustapha Mohamed ada niat baik tapi tidak seberani mana. Walaupun ada rekod bersih, Mustapha tidak dilihat sebagai ahli politik sebenar. Jika beliau menjawat jawatan presiden, mungkin hanya untuk panaskan kerusi dan akan dikawal oleh samada Mahathir atau Daim atau keduanya. Walau sudah lebih sedekad dalam kabinet, Mustapha masih seorang ahli akademik dan paling baik pun sebagai CEO sebuah syarikat, tak lebih dari itu.Belaiu buat kerja dan lakukan apa yang diamanahkan kepada beliau. Setakat itu sahaja.

Mustapha tidak kisah mengenai hal lain dan tiadapendapat berkenaan apa-apa isu yang penting kepada Malaysia. Untuk menguji andaian ini secara adil, tanya Tok Pa apa pendapatnya mengenai rasuah dan masa depan Malaysia. Jangn terkejut jika beliau menjawab-Rasuah apa? Pendekata, Tok Pa bukan lah pemimpin, tapi pengikut.


Menteri Penerangan, Rais Yatim dulunya mmepunyai reputasi yang baik. Doktor falsafah undang2 , beliau hilang keyakinan dari masyarakat , bukan kerana tuduhan rogol amahyang beliau nafikan.

Tapi kernan beliau meletakkan dirinya dibawah dalam pemerintahan Najib.Seperti Mustapha juga, jika ditanya komen mengenai rasuha dalam pemerintahan Najib.Jawapan Rais mungkin-Rasuah apa?


Pendeknya, Rais akan dilanda ombak dalam Umno dan berdolak dalik dengan lebih hebat dari Najib. Seperti Ku Li, Rais tidak akan naik selagi Mahathir ada. Pergeseran mereka yang membuatkan beliau meninggalkan Umno dan menubuhkan Semangat 46 dalam tahun 1980an sebelum kembali ke Umno beberapa tahun lepas itu.


Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang didapati bersalah oleh badan disiplin Umno kerana politik wang. Telah membuat beberapa kesilapan mentadbir Melaka hinga beliau sorokkan semuanya.Oleh itu, beliau mungkin lebih selesa kekal di kerajaan negeri dari memberi cabran kepada pemimpin pusat. Walaupun tiada sejarah lampau, beliau Cuma bagus kerana hubungan ny a dalam Umno dan akar umbi.

Adakah beliau mempunyai misi memodankan Umno? Contohnya, pernahkan belaiu dengar aspirasi Gen Y, atau bolehkan orang yang bersalah dalam ke politik wang berupaya meyakinkan perubahan mencegah rasuah dalam Umno dan Malaysia?


menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi, yang dulu salah satu tokoh yang agakk menonjol dalam Umno dan juga penyokong kuat Anwar, seperti juga Muhyddin, yang antara yang terawal melawt Anwar selepas dipecat Mahathir. Kerana politik, keduanya sudah berpaling muka terhadap kawan sendiri. Jelas kenapa mereka berbuat demikian, kerana ada kisah silam yang boleh digunakan oleh Mahathir dan buatkan mereka menentang Anwar.


Akibatnya Zahid tidak dipercayai oleh ramai dalam Umno. Jika beliay boleh membelakangkan Anwar, bolehkan beliau setia pada yang lain?

Bolehkan beliau menjadi pemimpin? Jangan silap, Zahid bukan bodoh. Beliau tahu had beliau dan kenapa belaiu dituduh lebih berminat memastikan kegiatan mmebelibelah di Kementerian Pertahanan terus selesaikan semasa BN masih berkuasa. Seperti semua ahli parlimen yang lain, beliau juga mahu kaut kekayaan untuk dirinya dari parti.

Mohd Shafie Apdal seorang naib presiden yang hanya mempunyai sokongan dari Semporna,Sabah. Beliau lebih minat kepada jawatan Ketua Menteri Sabah yang lebih selesa dari kerajaan pusat walaupun Umno Sabah ada paling ramai ahli dalam Malaysia.

Saifuddin Abdullah ,timbalan Menteri Pendidikan, melakar nama sebagai seorang yang berfikiran adil.Tetapi beliau terlalu muda . samada beliau boleh memecahkan siling kaca Umno masih belum terjawab. Mungkin orang seperti Saifuddin ada peluang lebih dalam PRU13 dan meningkat. Kerana ketika proses pemulihan lah pemimpin muda dan berkesan dapat membuat impak.

Prasyarat Umno sediaada
Apa kriteria utama untuk ahli menjadi pemimpin yang menonjol dan baik? Melihat dari beberapa forum dalam blog2 pro Umno, kelihatan nya pra syarat nya mudah tapi lapuk, mengejutkan dan kejam/ Mungkin ini sebab Umno perlu mengkaji sebelum sembuh.

Teratas dalam senarai mesti au main kotor. Ya, politik kotor seperti Mahathir Mohamad dan Najib Razak ialah sebahagian budaya Umno. Taktik yang disukai ramai pemimpinnya, yang bermimpi untuk bermaharaja lela seluruh negra dan mengaut sebanyak nya perbendahraan negara ke poket sendiri.
Tidak perlu berinspirasi untuk bergerak sepanjang jalan naik ke jawatan tinggi. Bila telah menjadi ketua bahagian, pulangannya sudah banyak nampaknya.

Bagaimana mahu di pilih sebagai ketua bahagian

Mula-mula, dapatkan penyokong seramai mungkin untuk hadiri mesyuarat agung supaya boleh dapat lebih undi.Perlu aturkan supaya penyokong hadir untuk pastikan menang.

Then get the support of the branch chiefs who would in turn persuade their branch representatives to support you. Offer incentives to the branch chiefs and reps, such as trips to Medan or even the costly Umrah pilgrimage package. Support their projects, give cash incentives and always invite them for dinners at high-class hotels.

Kemudian, dapatkan sokongan ketua cawangan yang akan yakinkan wakil cawangan menyokong anda. Tawarkan insentif kepada ketua cawangan dan wakil, seperti lawatan ke Medan atau pakej Umrah.
Ingat, tak boleh buat semua sendiri, upah ‘Gurkha’ untuk melobi dan buat kerja-kerja lain.

Bagaimana nak dipilih sebagai Presiden?

Mula-mula, tonjolkan diri sendiri dan jatuhkan yang lain- fitnah, belot dan sabotaj ialah strategi yang digalakkan.

Kemudian, dapatkan sokongan seramai boleh pemimpin dengan janji akan sokong mereka bila giliran mereka pula untukbertanding.

Akhir sekali, pra syarat paling penting- anda perlu sangguo melabur wang tunai untuk rasuah Ketua Bahagian dan ketua cawangan, wakil2 dan sebagainya, terutaman yang tidak menyokong anda.Untuk ketua bahagian, harga semasa ialah RM10 juta.

Kesimpulan

So, given such a culture and such stiff financial requirements, how can there not be brain drain in Umno, how can there not be corruption in the party?

Melihat dari buday demikian dan jumlah wang yang begitu besar, bagaimana tidak berlaku nya kurang bakat dalam Umno, bagaimana hendak dikatakn tiada rasuh dalam parti?

As the saying goes, power corrupts and absolute power corrupts absolutely. Against such a background, it would only be odd if the R.A.H.M.A.N prophecy did not come true.

Kuasa tercemar dan kuasa mutlak adalah lebih teruk tercemar. Dengan latarbelakang itu, pelik bagi ramalan RAHMAN tidak jadi kenyataan.Malaysia Chronicle