Ahad, 4 Mac 2012

Panas: Penduduk Kecewa, Gara-Gara MB Datang Penganjur Dirikan Khemah Di Atas Jalan Utama !

PAHANG DAILY


KUANTAN
- Para penduduk di sekitar kawasan Taman Yew Hong, Indera Mahkota dekat sini kecewa dengan tindakan pihak penganjur majlis perasmian pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) membina khemah-khemah (kanopi) di atas jalan utama di taman terbabit.

Ini menyebabkan mereka dan termasuk juga orang ramai yang lalu di situ menghadapi kesulitan melalui jalan tersebut.

Difahamkan, majlis perasmian program itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob hari ini.

Kerja-kerja pemasangan khemar terbabit telah dijalankan sejak semalam. Orang ramai dilencongkan ke jalan lain ketika kerja-kerja tersebut dilakukan dan kemungkinan besar mulai hari ini mereka tidak dibenarkan lagi melalui jalan itu hingga program selesai.

Persoalannya yang timbul, kenapa ia dibuat di atas jalanraya?. Sedangkan padang awam hanya terletak beberapa meter saja dari lokasi berkenaan.

"Kenapa begitu bodoh dan menyusahkan orang ramai?. Kenapa tidak dibuat atas padang yang lebih selesa dan tak ganggu lalu lintas. Bukankah MB boleh berjalan melintas jalan untuk rasmikan pondok SRS itu. Lagi pun jaraknya tidaklah terlalu jauh. Kenapa perlu tutup jalan?.

Adakah MB terlalu manja hingga terpaksa buat khemah untuk perasmian pondok terbabit begitu dekat dengan lokasi tersebut. Nak mengampu pun tengok tempatlah..."
, kata seorang penduduk yang ditemui. Dia kecewa kerana pihak penganjur begitu "pendek akal" dengan menutup jalan sedangkan ada padang yang cukup luas berdepan dengan lokasi itu.



Bukti, khemah (kanopi) telah dibina di atas jalan utama taman terbabit


[Tinjaun krew PDO ke lokasi berkenaan mendapati sememangnya tidak wajar khemah terbabit dibina betul-betul atas jalan utama. Sedangkan ia adalah laluan masuk penduduk ke Taman Pasdec Makmur bersebelahan. Akibat penutupan jalan itu, maka orang ramai terpaksa berpusing jauh dalam keadaan bersesak-sesak untuk ke kediaman mereka.

Tindakan penganjur yang "tidak cerdik" itu menyebabkan sebahagian besar penduduk marah dan kecewa. Mungkin mereka mahu mengampu MB Pahang dengan membina khemah dengan jarak yang begitu dekat dengan pondok SRS yang mahu dirasmikan itu. Namun, sepatutnya pihak terbabit sedar bahawa perbuatan itu jelas menyusahkan orang ramai dan tidak masuk dek akal.

Sepatutnya mereka bertanya terlebih dahulu dan bawa berbincang sebelum melaksanak kerja-kerja berkaitan. Apa yang berlaku ini tidak lebih untuk mengampu MB Pahang demi kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu sebenarnya. Senario ini amatlah mendukacitakan !!].

Tiada ulasan: