Dengan tanda tanya, abang yang tuanya keluar dan mendapati anggota polis Cawangan Khas yang mahu masuk dan menggeledah bilik bapanya.
Selama dua jam itu - masa terasa amat panjang - lelaki polis itu berkata, bapanya A Samad Ismail, bekas timbalan ketua pengarang New Straits Times ditahan bawah akta ISA.
Hanya dua bulan selepas itu barulah Nuraina mendapat peluang menemui bapanya lagi, tetapi hanya di kaca televisyen, di tingkat 13 fakulti komunikasi Institut Teknologi Mara (ITM), dalam bilik yang sepatutnya untuk kuliah malam.
Ia antara dua pengakuan yang disiarkan di kaca televisyen yang didakwa dipaksa terhadapnya sepanjang lima tahun ditahan bawah ISA.
Tetapi, mengingat semula memori luka itu, Nuraina mula menulis pada 2007, termasuk situasi dalam bilik kuliah ITM di mana beliau melulu keluar kerana marah dengan menteri dalam negeri ketika itu Tan Sri Ghazalie Shafie (kiri).
Dalam coretan yagn sama, masih segar dalam ingatan ketika beliau dipanggil anak komunis di kampus, gelaran yang amat menimbulkan kemarahannya.
"Mereka juga akan mengggelar Lalin dan Nina dengan begitu juga? Azah dan Kamal?" tulisnya lagi, merujuk kepada adik beradiknya yang lain.
Wawancara ini sebahagian daripada fokus Malaysiakini tentang akta ISA yang akan dimansuhkan dan dijangka dibentangkan di Parlimen dalam sesi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan