Parti Hak Asasi Manusia (HRP) amat yakin mampu merampas kerusi Parlimen Kota Raja dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Pada jamuan makan malam amal bagi mengutip dana, setiausaha agung pro-tem parti itu, P Uthayakumar (kanan) menamakan Kota Raja sebagai sasaran utama mereka pada pilihan raya umum akan datang.
Uthayakumar berkata HRP yakin mampu mendapat 90 peratus undi kaum India di Kota Raja, yang mempunyai 71,887 pengundi jumlah, di mana 28.3 peratus adalah masyarakat India.
Katanya, HRP juga mensasarkan 33 peratus undi Cina, yang beliau yakin cukupi untuk memenangkan partinya itu.
"Dengan mengandaikan bahawa calon Pakatan Rakyat mendapat 70 peratus undi Melayu, tetapi calon Hindraf mendapat satu perempat undi orang Cina dan 90 peratus undi kaum India, kami akan ke menumbangkan calon Pakatan Rakyat dengan beberapa ratus undi," kata Uthayakumar.
Kota Raja adalah kawasan pilihan raya campuran di bandar. Pengundi Melayu membentuk 47.8 peratus manakala pengundi Cina pula adalah 23.2 peratus.
Ahad, 4 Mac 2012
HRP amat yakin rampas kerusi Kota Raja dari PAS
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan