TEMERLOH: Seorang guru mendakwa dianiayai oleh guru besarnya apabila ditukarkan serta merta dan markah prestasi tahunannya yang dinilai rendah hanya kerana menjadi penyokong Pakatan Rakyat (PR).
Guru terbabit yang menemui Harakahdaily di sini berkata, penukaran serta merta (Redeployment) itu biasanya dikenakan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tetapi oleh kerana beliau secara jelas menyokong PR, opsyen sepertinya yang tiada kena mengena pula yang dikenakan tindakan tersebut.
Tambah beliau yang enggan disiarkan namanya, markah prestasi yang rendah diberikan kepadanya juga mengakibat beliau akan menghadapi kesukaran mendapat biasiswa atau kelulusan Kementerian Pelajaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Sudahlah diberi beban tugas yang banyak, tapi dengan nilai prestasi yang rendah berkemungkinan sukar untuk naik pangkat, kehilangan peluang mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) dan akhinya akan menjejaskan kerjaya sebagai guru jika diberi statik.
“Pada saya sikap guru besar yang seperti ini adalah Little Napoleon yang suka menunjukkan kuasa kerana saya boleh buktikan bahawa guru-guru yang pro-Umno secara terang-terangan aktif berpolitik di peringkat bahagian tetapi tidak diapa-apakan,” katanya.
Beliau selanjutnya menggesa PAS serius membela nasib guru jika mahu disokong kerana kelompok tersebut merupakan paling ramai dalam perkhidmatan kerajaan iaitu lebih 400,000 orang.
Tambahnya, guru terpaksa berdepan dengan tekanan ramai ‘Little Napoleon’ daripada pentadbir sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hinggalah kepada Kementerian Pelajaran.
“Inilah sebabnya kadang-kadang guru yang menyokong PR terpaksa menyembunyikan identiti,” tambahnya. |
12 ulasan:
Kalau macam ini, baik semua kakitangan awam berkekal neutral dalam politik. Tidak menyebelahi mana-mana parti.
That's why it's best for teacher not to get involved with politics.
ini hnya dakwwan guru tersebut, mgkin ada sebab lain markah prestasi dia rendah.
saya lebih setuju jika guru-guru bersifat neutral dalam politik agar elemen politik tidak dibawa masuk ke sekolah.
mungkin ada sebab mengapa guru tersebut mendapat markah prestasi yang rendah. lebih baik jika guru tersebut minta penjelasan daripada pihak yang sepatutnya, bukannya menyalahkan pihak lain tanpa meminta penjelasan.
Kenapa berlaku tindakan sedemikian rupa? Itu adalah hal peribadi yang tidak sepatutnya di dilibatkan dalam hal pekerjaan. Tidak sepatutnya berlaku.
Namun guru tidak sepatutnya terlibat dalam mana2 parti politik. setuju dengan Zam, guru sepatutnya lebih bersifat neutral, memandangkan para pelajar juga tidak dibenarkan untuk turut serta dalam politik.
Itu hak pengundi mahu memilih siapa. Tapi guru tersebut yakinkah, dianianya hanya kerana sokong PR atau ada sebab lain. Kita tidak tahu mana tahu ini rekaan semata-mata.
Jika betul dakwaan ni, bagi saya memang tak adil lah kan. Lagipun negara kita kan negara demokrasi. Cuma, betulkah dakwaan guru ni????
Apapun, pandai2 lah rakyat menilai perkara sebegini.
Ya, setuju bahawa kakitangan kerajaan perlu bersifat neutral dalam politik.
jangan hanya pandai mereka cerita.. dedahkan sekali nama guru besar itu dan sekolah tempat guru yang kononnya dianiaya itu mengajar. sukar untuk mempercayai apa sahaja yang keluar dari mulut pembangkang dan media pembangkang kerana semua itu hanya tercipta akibat desakan politik semata2.
ada kemungkinan guru itulah yang sebenarnya aktif berkempen untuk pembangkang sehingga mengabaikan tanggungjawabnya atau memang benar reputasi beliau dalam mengajar kurang memberangsangkan. kemudian untuk menutup kelemahannya, beliau menuduh guru besar menganiaya beliau dengan menggunakan pendekatan politik supaya beliau dan pembangkang mampu memperolehi sokongan simpati.
Catat Ulasan