KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat negara ini diseru memberikan kepercayaan penuh kepada PAS menggantikan Umno untuk memimpin mereka dengan lebih adil.
Menurut Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Umno tidak boleh lagi diberi kepercayaan kerana mereka mengelirukan masyarakat dengan memutar-belit ajaran Islam sebenar dan menggunakan isu perkauman utuk kelangsungan politik mereka.
"Kita menyeru kepada masyarakat Islam untuk memberikan kepercayaan kepada PAS sebagai alternatif yang memimpin mereka dan mengajak masyarakat yang bukan Islam supaya tidak memgambil contoh yang buruk yang ditunjukkan oleh Umno berhubung dengan Islam," kata Presiden PAS itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Keadilan PAS jelasnya boleh dilihat sendiri oleh masyarakat bukan Islam semasa pemerintahan mereka di Kelantan, Terengganu dan negeri-negeri Pakatan Rakyat di ketika ini, bahkan terus istiqamah dengan prinsip Islam semasa dalam kerajaan pada tahun 70-an.
Menurutnya lagi, punca kepada kecelaruan yang berlaku hari ini adalah kerana kefahaman salah yang ditunjukkan oleh Umno selama puluhan tahun berkuasa di bumi Malaysia ini.
Sejak sekian lama, Umno katanya tidak pernah puas menjadikan isu agama dan perkauman sebagai senjata ampuh mereka menarik sokongan masyarakat.
Paling teruk apabila tindakan Umno tersebut sering digambarkan kepada masyarakat khususnya Melayu sebagai menepati ajaran Islam yang sebenar.
"Mereka telah mencampur adukkan sentimen perkauman sempit dan mengaitkannya seolah-olah tindakan mereka adalah dari ajaran Islam yang sebenar," jelasnya lagi.
Tindakan Umno itu pula jelasnya disambut dan diangkat oleh media Umno sehingga mereka cuba menggambarkan seolah-olahnya hubungan antara kaum dalam negara kita ini berada dalam tahap yang paling buruk.
Masyarakat Islam jelasnya lagi dikelirukan dari segi fahaman agama yang sebenar, manakala masyarakat bukan Islam pula diadu-domba dengan api perkauman dan ketegangan hubungan kaum.
"Saya ingin memberikan nasihat kepada pihak media yang menggunakan isu agama ini untuk menghentikan tindakan mereka, kerana sebenarnya mereka telah mengelirukan umat Islam dengan kegagalan mereka merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi sumber rujukan umat Islam sejak zaman berzaman," katanya.
Sehubungan itu beliau juga menyeru agar umat Islam meneliti setiap maklumat yang disebarkan supaya tidak diperangkap oleh sesuatu maklumat yang salah.
PAS juga menurutnya sentiasa konsisten dengan prinsip Islam dan bersedia untuk berdepan dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan, untuk menjelaskan garispanduan yang sebenar dalam semua perkara yang berkait dengan umat Islam. |
9 ulasan:
rakyat menginginkan pemimpin yang adil,jujur, bersikap sederhana, dekat dan prihatin dengan rakyat dan mempunyai pegangan agama yang kukuh. pemimpin seperti ini yang akan memandu negara kearah kesejahteraan.
kenapa hanya PAS perlu dipercayai dan bukan PKR dan DAP atau semua ahli PR? Rakyat boleh percaya mana-mana parti, oleh itu pemimpin yang begitu layak bagi mereka itulah yang akan menjadi pilhan mereka.
Rakyat akan meneliti prestasi dan tindakan setiap parti untuk mengetahui calon yang paling baik untuk memimpin negara kita.
How sure are we that PAS would be a better choice. For all we know, PAS might be worser.
We as the rakyat should vote based on the party's performance.
rakyat boleh menilai mana parti yang baik dan mampu memimpin mereka.
berdasarkan tulisan pisau.net, PAS bukanlah parti yang sempurna. PAS juga penuh dengan fitnah, penipuan, penindasan, maki hamun etc..
kalau mahu sokongan rakyat, tidak perlu meminta rakyat menyokong PAS. tunaikan semua tuntutan rakyat dan negara, jalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. melalui tindakan serta tanggungjawab kepimpinan sudah cukup untuk menggerakkan rakyat untuk menyokong parti itu. PAS tidak perlu terdesak menyeru rakyat menyokong PAS...
rakyat akan membuat penilaian mereka sendiri. mereka akan memilih parti yang terbaik untuk mereka.
Catat Ulasan