KUALA LUMPUR: Kebimbangan Umno dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong parti itu bahawa orang-orang Melayu akan hilang kuasa politik mereka pada masa depan jika terus berpecah belah, tidak berasas.
Ahli Parlimen PAS-Jerai Firdaus Jaafar berkata, isu perpaduan Melayu yang beragama Islam sering diulang-ulang dan ini mendedahkan bahawa mereka (Umno) yang sebenarnya bimbang hilang kuasa.
"Umno sebenarnya bimbang mereka akan kehilangan kuasa politik pada pilihan raya umum nanti," kata beliau ketika di wawancara Free Malaysia Today hari ini.
Menurutnya, Umno nampak pengaruh PAS semakin meluas sekarang ini, bukan sahaja di kalangan orang-orang Melayu beragama Islam tetapi juga di kalangan orang-orang bukan Islam dari berbilang kaum di negara ini.
Firdaus berkata, "isu ini juga dimainkan supaya mereka dapat memecahkan perpaduan dan kerjasama erat di antara DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang semakin mencabar kuasa politik mereka.
"PAS boleh menggantikan Umno dalam memperjuang dan melindungi hak-hak orang Melayu jika Umno terkubur nanti sepertimana kita buktikan di Kedah dan Kelantan," ujar beliau.
Sebaliknya beliau membidas langkah Umno menyerahkan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang kepada bukan Melayu ketika mereka memenangi 12 kerusi negeri Dewan Undangan Negeri negeri itu.
"Walaupun Umno memenangi lebih kerusi (12 kerusi), jumlah kerusi terbanyak berbanding Gerakan dan MCA, pada pilihan raya umum 2004, tetapi yang memerintah negeri itu ialah Gerakan bukan Umno," jelasnya.
Umno main sentimen takutkan orang Melayu
"Jadi memainkan sentimen bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa adalah semata-mata untuk menakut-nakutkan orang- orang Melayu.
Firdaus, memberitahu berbanding keputusan pilihan raya umum 2004 dan 2008, sebenarnya kerusi Parlimen orang Melayu telah meningkat dari 124 kepada 130 orang.
"Ini menunjukkan wakil rakyat Melayu di Parlimen bertambah apabila Umno banyak kehilangan kerusi Parlimen dan dakwaan kuasa orang-orang Melayu semakin terhakis atau akan hilang kuasa adalah karut semata-mata," ujar beliau.
Mengenai negeri Kedah, beliau berkata negeri itu sungguh bertuah kerana mempunyai kepimpinan yang baik dan bersih dengan mendapat sokongan dari parti DAP dan PKR.
"(Menteri Besar) Ustaz Azizan (Abdul Razak) mendapat kerjasama yang baik dari berbagai pihak hingga dapat menjimatkan perbelanjaan negeri dan menghindar dari gejala rasuah.
"Inilah yang dibimbangi oleh Umno di sana kerana rakyat menyokong penuh usaha-usaha kerajaan negeri dan pucuk pimpinan negeri banyak melakukan ibadah, seperti solat dan berdoa meminta perlindungan daripada Allah SWT," tambah beliau.
12 ulasan:
Jika Takut Hilang Kuasa, Kembalikan Demokrasi Yang Tulus Di Negara Malaysia.
UMNO tak perlu takut hilang kuasa kerana sokongan golongan melayu terhadap UNMO masih lagi kukuh.
pada saya isu takut hilang kuasa tidak timbul. yang penting UMNO perlu terus menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.
UMNO akan tetap disokong oleh golongan melayu sekiranya mereka teruskan usaha mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
UMNO masih lagi kuat sokongannya kerana UMNO sahaja yang boleh mempertahankan hak2 orang melayu.
yang memecah belahkan rakyat Malaysia adalah politik. rakyat tidak akan tunduk dengan pujukan atau sebarang tindakan yang bertujuan mengapi2kan rakyat terhadap parti lain. tetapi rakyat akan tunduk jika parti itu berjaya memenuhi tuntutan rakyat.
Parti UMNO haruslah menyakinkan bahawa hak orang melayu tetap akan UMNO jaga. Rakyat akan bersatu hati untuk menyokong BN sekiranya hak rakyat dijaga dan dipertahankan. Oleh itu lakukan yang terbaik untuk semua.
kenapa harus takut UMNO?itu tidak benar dan UMNO tidak takut langsung dengan PR pun. UMNO/BN yakin mereka tetap akan kuat dan mempunyai sokongan rakyat, menolong rakyat dan juga menyelesaikan semua masalah yang dihadapi. UMNO masih mempunyai cara tersendiri untuk mengukuhkan Kuasa mereka.
UMNO haruslah bersatu untuk menguatkan diri. Itu tidak akan berlaku yang mana Umno akan hilang kuasa. Umno akan sentiasa mempunyai kuasa untuk rakyat.
UMNO harus terus fokus untuk memajukan negara ini. apa pun isu yang timbul, yang penting adalah rakyat harus diutamakan.
Kalo takut, jalankan tanggungjawab dan mula memberi perhatian terhadap masalah setiap bangsa dr pelbagai lapisan masyarakat. Jangan tumpukan sekelompok sahaja. Kena pay attention dengan kelompok yang lain.
Rakyat harus bersuara tentang ini. Adakah mereka sesuai malah dapat membantu negara?
Catat Ulasan