Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, kuasa politik Melayu berada dalam keadaan terdesak sejak kebelakangan ini angkara pemimpin Umno. "Memang politik Melayu terdesak tapi harus ingat angkara siapa jadi begitu. Bukankah Umno yang buatnya tersepit. Tapi bagi PAS, ia tidak rumit kerana tidak gunakan Melayu sebaliknya Islam," tegasnya ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Kepala Batas, semalam. Sikap yang ditunjukan oleh Umno kononnya mahukan perpaduan, sambungnya, bukan serius tetapi hanya lakonan bagi menyelamatkan parti itu daripada karam. Tegasnya, PAS dan Pakatan Rakyat akan diperkukuhkan untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang. "Kali ini, insya Allah kita tidak menurut dan kena berpegang kuat pada keputusan yang telah dibuat bagi menghukum Umno dan BN. Kita harap rakyat tidak termakan dengan jerat terbaru mereka yang sengaja dicipta untuk merenggangkan hubungan Pakatan Rakyat," jelas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat. Sekarang ini, ujarnya berbagai perancangan cuba dilaksanakan untuk memecahkan PAS yang diakitkan kononnya untuk berbaik dengan Umno atas perkauman Melayu. Katanya lagi, semua serangan Umno menerusi isu perkauman ternyata gagal dan ada yang memakan diri parti perkauman Melayu itu sendiri. "Biarlah ustaz Umno berkokok sesama sendiri dan kita kena memastikan ukhwah kita terus kuat dan menjadi benteng dakyah jahat Umno kerana yang penting ialah hancurkan Umno dan BN untuk capai kemenangan di Malaysia. “Bila menang di peringkat Pusat, baru kita laksanakan dasar Islam yang menjadi cita-cita perjuangan," tambahnya. |
Ahad, 1 Ogos 2010
Umno punca kuasa politik Melayu terdesak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan