Oleh Frederick Luccas
SHAH ALAM - Jentera propaganda Umno-Barisan Nasional bekerja lebih masa setiap hari menghambur pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan rakyat namun malangnya segala taktik kotor mereka telah lama dihidu dan disedari rakyat negara ini.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Umno-BN tidak ada lagi pilihan melainkan menabur fitnah secara berterusan hatta dalam bulan Ramadhan yang mulia sekali pun.
Ini terbukti apabila pihak tertentu menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan akan menghadiri majlis bagi mengedar bir percuma di sebuah kafe selepas solat Tarawikh Sabtu lalu.
Beliau berkata ini menunjukkan betapa Umno-BN amat terdesak untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor, walaupun pada bulan Ramadhan.
"Saya cukup terkejut apabila mendapat panggilan daripada wartawan Sinar Harian petang Sabtu bertanyakan samada saya akan hadir ke Asia Cafe untuk membuat kunjungan muhibbah dan seterusnyamengedarkan bir kepada tetamu. Malah Hannah Yeoh (Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya) menalipon saya memberitahu SB (anggota polis Cawangan Khas) menghubungi beliau bertanya samada saya akan hadir ke majlis itu.
"Ini jelas satu fitnah telah disebarkan oleh pihak tertentu terhadap saya, malahan saya tidak tahu pun di mana Asia Cafe ini," tegas Khalid.
Kata beliau, tindakan ini adalah satu petanda Umno-BN telah kehilangan idea untuk menentang Pakatan Rakyat di Selangor secara intelektual dan terpaksa menggunakan taktik jijik seperti ini.
"Umno-BN sedar rakyat semakin menolak mereka kerana salahguna kuasa, penyelewengan dan amalan rasuah. Jadi mereka tidak berani untuk mengatakan mereka lebih baik daripda Pakatan Rakyat tetapi cuba nak pengaruhi rakyat dengan memfitnah Pakatan Rakyat pun sama teruk seperti mereka.
"Masyarakat sudah sedar bahawa Umno-BN sakit dengan isu rasuah dan sebagainya, maka tindakan ini hanya akan memburukkan lagi keadaan bagi mereka di mata rakyat," ujar beliau.
Menyentuh mengenai kerjasama erat PAS-DAP, Khalid berkata satu ketika dahulu Umno-BN mengutuk dan mengatakan tidak mungkin kedua parti itu dapat bekerjasama tetapi sangkaan mereka terbukti salah apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ditubuhkan atas gabungan KEADILAN, PAS dan DAP.
"Umno-BN sudah keliru dengan matlamat mereka di Selangor. Ada ketikanya mereka mengutuk DAP kerana mahukan undi Melayu tetapi pada masa yang sama mengutuk PAS kerana mahukan undi kaum Cina. Tindakan bercelaru begini jelas petanda Umno-BN akan terpaksa menghadapi tentangan yang jauh lebih hebat pada pilihan raya umum ke-13 nanti," kata beliau lagi.
13 ulasan:
Saya tidak pasti apa yang dikatakan oleh artikel ini. Tapi saya tidak nafikan juga yang Pakatan Rakyat juga tergolong dalam perkara ini. memfitnah tidak kira pada bila-bila masa ramadhan atua tidak. Jadi tidak payah menjaga peribadi orang lain sekiranya peribadi sendiri bermasalah juga.
saya lihat PR pun suka menuduh UMNO juga, termasuklah mengatakan UMNO sudah terdesak. bukankan itu juga tidak baik? pada saya, mana-mana pihak pun perlu berpolitik dan bersaing dengan cara bersih.
jika umno-BN tidak melakukan perkara itu dan jika tidak wujud sms yang dimaksudkan, bukankah itu juga fitnah? kalau benar pun, pihak yang bertanggungjawab itu belum tentu dikalangan umno-BN. PR juga sering melakukan perkara yang sama dimana setiap isu pasti dikaitkan dengan politik dan kepimpinan umno-BN.
inilah masalah dalam politik, tidak sedar siapa diri mereka sebenarnya. Tuduh dan mempersalahkan orang lain itu yang utama bagi mereka. Semua parti politik pasti akan melakukannya tidak kira PAS, PR dan BN.
tidak diketahui siapa yang menhantar sms itu, tk perlulah nak tuduh BN jika tk da bukti, menuduh tnpa bukti jg ibarat fitnah.
hahhahaa.. ko memang bijak amrul. betul oo pa ko komen:P hehehe
Pandai cakap orang, tapi diri sendiri secara tak langsung tabur fitnah juga. huhuhu
Ya betul adam. Kalau mahu berpolitik, politiklah dengan cara baik ba... Tak salah ikit cara sendiri tapi agak2 juga lah..
Lebih baik kurangkan andaian -ve.. Tak baik utk kesiahatan mental. hehhee
Apapun saya harap, masyarakat tak mudah terpedaya dengan hal2 seperti ini. Mungkin ini taktik kotor utk mencemar nama baik umnobn. hehee
bagi perkara ini kita tak tahu siapa dalang yagn menghantar SMS palsu itu, ia perlu disiasat, tak perlu nak menuduh mana2 pihak jika tak ada bukti.
Tak baik menabur fitnah, itu tindakan yang terkutuk. Mana-mana pihak pun janganlah sengaja memfitnah.
Kalo UMNO-BN tabur fitnah tidak kira Ramadhan atau tidak, apa kurang PKR. Dua-dua pun sama kalo gitu.
Catat Ulasan