Selasa, 10 Ogos 2010

Sepuluh Persoalan Tentang Nota ‘Teoh’

FARDILLA DIN

10 Ogos - Banyak persoalan timbul ekoran pengumuman Jabatan Peguam Negara mengenai penemuan 'nota'dari beg Teoh Beng Hock oleh Pegawai Penyiasat ASP Ahmad Nazri lebih-lebih lagi apabila ianya selepas lebih dari dua bulan kematian beliau.

Sepuluh Persoalan Tentang Nota ‘Teoh’ seperti yang disenaraikan oleh portal The Malaysian Insider adalah seperti berikut :-

1. Mengapa Pegawai Penyiasat mengambil masa dua bulan untuk membuat kenyataan bahawa beliau menemui nota bunuh diri tersebut?

2. Mengapa polis tidak membuat siasatan terperinci dalam kes ini atau sememangnya mereka perlukan arahan psikiatri untuk mencari nota tersebut sekiranya ada?

3. Mengapa polis membuat kesimpulan bahawa ini adalah kes bunuh diri sebelum menjumpai nota tersebut? Adakah ini kerana mereka sekarang memerlukan bukti sokongan kes tersebut?

4. Mengapa mereka perlu mengambil masa yang lama untuk mengesahkan nota tersebut. Bukankah nota itu adalah sesuatu yang penting?

5. Adakah ianya benar-benat tulisan tangan Teoh? Adakah mereka mempunyai apa-apa bukti untuk menyokongnya?

6. Mengapa Peguam Negara tidak mengemukakan nota tersebut dengan segera? Adakah disebabkan dulu beliau tidak berpuas hati? Jika demikian, apa yang membuatkan beliau puas hati sekarang?

7. Adakah Peguam Negara berpuas hati untuk kemukan nota tersebut pada 18 Ogos apabila Dr Pornthip dijangka memberi keterangan? Dr Pornthip juga telah mengatakan bahawa ianya 80% kemungkinan satu pembunuhan dan 20% sahaja kemungkinan bunuh diri.

8. Berapa ramaikah yang mempunyai akses kepada bag tersebut? Apakah bukti bahawa keboleh percayaan nya masih boleh diguna pakai sedangkan tempoh waktunya amat meragukan.

9. Mengapa seorang lelaki yang bakal berkahwin dengan wanita yang mengandungkan anaknya membunuh diri selepas disoal siasat semalaman? Adakah pendapat professional psikiatri menyokongnya?

10. Nota ini juga akan membersihkan nama SPRM dan seterusnya membantutkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat prosedur penyiasatan ini.- The Malaysian Insider

Tiada ulasan: