Sabtu, 21 Ogos 2010

Ronnie Liu: Saya tetap lawan, bagi peluang baiki kesilapan


Ronnie Liu (kiri) dan Tee Boon Hock dalam gambar fail
KLANG — Pemimpin DAP Ronnie Liu, yang kelihatan tersepit dalam kontroversi surat sokongan politik untuk mendapatkan kontrak kerajaan, merasakan beliau kini mula dipinggirkan di Selangor.

Bagaimanapun pemimpin berusia 52 tahun ini bertekad untuk berlawan dan menghadapi cabaran termasuk dari dalam dan luar parti.

Malah Liu juga melahirkan hasrat untuk bertandidng dalam pemilihan parti peringkat negeri akhir tahun ini meskipun mengaku melakukan kesilapan dan berhadapan dengan 'hukuman' diberi amaran oleh jawatankuasa disiplin baru-baru ini.

Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dlihat dipinggirkan ketika muncul pada majlis makan malam di sini kelmarin, yang diadakan untuk meraikan pendaki Everest N. Mohanadas dan M. Magendran.

Kedua-dua mereka menerima pingat Datuk daripada kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan beberapa pemimpin negeri menghadiri majlis itu, tetapi mereka seolah-olah cuba menjauhi Liu sehingga kelihatan seorang diri.

Liu datang ke majlis agak lewat dan seorang diri, dan ketika melangkah anak tangga, beberapa pemimpin parti dari kumpulan memihak kepada Guan Eng kelihatan tidak selesa.

Sebelum ini pemimpin veteran Dr Chen Man Hin dan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi secara terbuka telah meminta Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Pandamaran ini agar meletakkan jawatan kerana terlibat dalam kontroveri mengeluarkan surat sokongan politik, yang didakwa telah menjejaskan imej parti.

“Saya rasa sayalah satu-satunya pemimpin dalam DAP yang silap hitung,” kata Liu kepada The Malaysian Insider ketika ditemu bual lewat malam di sebuah rumah dan restoran pemimpin DAP di Telok Gong, Klang.

Liu yang dianggap sebagai “Taiko Selangor” mempertahankan dirinya daripada dakwaan rasuah, persahabatan dan hubungan dengan Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim, juga dari DAP dan mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun didesak beberapa pemimpin parti.

Ketika Penasihat Lim Kit Siang dan Guan Eng kelihatan 'diam diri' dalam isu membabitkan Liu dan surat sokongan politik, tindak tanduk kebanyakan pemimpin yang mahu menjauhinya menunjukkan bahawa kehadiran beliau tidak lagi diperlukan dalam parti.

“Salah faham sebab saya sendiri yang cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah saya, saya tidak membebankan pemimpin parti, pemimin-pemimpin veteran dalam parti.

“Saya seharusnya berkongsi masalah dan cabaran pentadbiran dengan beliau, berunding dengan mereka, memaklumkan mereka dari semasa ke semasa,” katanya.

“Saya ingat saya boleh menguruskan kesemua perkara yang muncul, antara isu surat sokongan. Saya terlampau yakin,” kata Liu.

“Saya seharusnya telah berkongsi beban saya dengan lain. Sekarang saya disasarkan dengan tidak adil,' kata beliau sambil menambah, “saya muka baru dalam soal kuasa (politik).”

“Kita melakukan kesilapan... saya (juga) melakukan kesilapan,” katanya lagi.

Dalam laporan-laporan sebelum ini Liu antara lain berkata beliau ada menandatangani surat sokongan ataupun tandatangan beliau dipalsukan.

Ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock mengaku menandatangani surat sokongan sedemikian untuk pemohon mendapatkan kontrak kerja kerajaan termasuk anaknya. Tee dipecat dari parti pada 6 Ogos lalu.

Liu juga berhadapan dengan lembaga disiplin pada 12 Ogos tetapi bebas dengan amaran.

Wakil rakyat itu tidak bersetuju dengan pandangan bahawa beliau harus meletakkan jawatan.

Katanya, Ooi terpengaruh dengan komen-komen Internet yang didakwa bias dan 'dikawal' oleh musuh politik DAP khususnya Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu bahawa persepsi adalah penting tetapi kebenaran juga penting, dan kebenaran ada bersama saya,” kata Liu.

Katanya, kebenaran ialah beliau berkhidmat dengan baik untuk rakyat.

“Saya buat kesilapan dan sekarang membetulkan kesilapan. Tiada lagi surat sokongan,” katanya.

“Saya telah mengatakan bahawa saya akan memperbaiki diri saya. Jawatankuasa disiplin mahu saya memperbaiki diri saya. Saya mengambil pandangan itu. Berikan saya peluang untuk baiki diri saya,” katanya Liu.

Memperkukuhkan pendirian itu Liu: “Saya ahli yang setia kepada parti, yang akan bermatian untuk parti.”

“Saya sudah melalui pengalaman sungguh pahit... tiada lagi surat sokongan,” tambah Liu.

Liu juga menolak dakwaan bahawa selaku Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal kerajaan tempatan meluluskan lesen rumah urut, ada hubungan dengan kumpulan samseng dan meminggirkan rakan baru DAP selepas pilihan raya umum 2008.

“Lesen rumah urut telah dibekukan pada 2006 oleh kerajaan terdahulu dan masih kekal dibekukan. Tiada lesen baru dikeluarkan,” kata beliau tetapi mengakui bahawa pusat reflesologi dibenarkan.

“Tiada rumah urut haram dan tiada lesen dikeluarkan,” katanya lagi.

Liu mempersalahkan musuh politik yang mahu merosakkan imejnya.

“Saya lihat perkara ini mula muncul. Saya berharap saya dapat berkongsi kebimbangan saya dengan pemimpin-pemimpin parti, tetapi saya tidak... saya ingat saya dapat menangani ini seorang diri,” katanya.

“Ini sifat saya,” katanya.

Hubungan Liu dengan Teng juga terjejas dengan kedua-dua dilihat sebagai pesaing politik sekarang.

“Saya menjadi instrumental dalam membantu beliau, membantu beliau dipilih sebagai ketua DAPSY, Ahli Dewan Undangan Negeri, tetapi sekarang ini (situasi semasa),” kata Liu.

“Saya menyertai parti lebih awal berbanding Teng pada 1980,” kata beliau dengan membuat perbandingan.

Liu berkata, beliau sudah pasti akan bertanding dalam pemilihan parti Disember ini walaupun percaya bahawa pemimpin-pemimpin parti akan meletakkan barisan mereka.

“Saya tidak mahu mengatakan yang saya (juga) mahu meletakkan barisan saya, tetapi saya akan tetap bertanding,” katanya.

Tiada ulasan: