Selasa, 24 Ogos 2010

Pakatan kutuk keras 'simbah cat di surau'

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR: Insiden sebuah surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, Seremban yang disimbah cat merah pagi tadi mendapat kecaman hebat dari banyak pemimpin Pakatan Rakyat.

Melalui sesawang sosial Twitter, didapati Anthony Loke Siew Fook, Ketua Belia DAP Nasional paling awal mengutuk tindakan tidak demokratik tersebut.

"Sebuah surau di Pulai Taman Impian, Temiag Seremban itu disimbah dengan cat merah pagi tadi, gila!"

"Sangat menghinakan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu apabila menyerang tempat ibadah, khususnya surau pada bulan Ramadhan yang suci," ujarnya yang juga Adun Rasah seperti dipetik dari http://twitter.com/anthonyloke.

Lim Kit Siang, Penasihat DAP kemudiannya mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya mengutuk aktiviti vandalisme tersebut.

"Semua rakyat Malaysia mesti mengutuk vendalisme dengan menggunakan cat merah di surau baru Taman Impian Pulai Temiah Seremban," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur dari http://twitter.com/limkitsiang.

Menurut Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pula, perbuatan tersebut semata-mata mahu membangkitkan sentimen agama dan perkauman.

"Surau di seremban disimbah caj dan dibaling botol arak!! Ini kerja orang nak bangkitkan sentimen agama/kaum.." ujar beliau dari http://twitter.com/chegubard.

Beliau juga menyifatkan perbuatan itu menguntungkan parti-parti perkauman di tanah air.

"...mereka tak henti cuba bakar sentimen kaum/agama. Parti kaum yang untung!!" siulnya lagi di Twitter.

Manakala Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS kemudiannya didapati turut senada dengan CheguBard, iaitu mendakwa pemimpin Umno BN acap kali meniupkan sentimen perkauman belakangan ini.

"Pemimpin Umno/BN terlalu mainkan sentimen perkauman sejak akhir-akhir ini dan boleh jejaskan keharmonian kaum," ujarnya seperti dipetik dari http://twitter.com/dato_mustafaali.

Lanjutan itu, beliau turut mempersoal motif permainan politik Umno BN itu.

"Apa motif?" siulnya lagi di Twitter.

Melihat pada siulan para pemimpin Pakatan Rakyat terbabit, didapati mereka masing-masing menganggap insiden itu berpunca oleh amalan politik perkauman yang sempit.

14 ulasan:

mandau berkata...

satu perbuanta yang biadap dan tidak menghormati agama lain. siasatan perlu dilakukan bagi mengenalpasti dalang kejadian ini. Ini adalah perbuatan sesetengah pihak yang ingin menjadi batu api untuk mewujudkan permusuhan antara kaum dan agama di negara kita.

zam berkata...

tindakan simbah cat tersebut amat tidak wajar dilakukan. tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab. saya yakin semua pihak tanpa mengira parti politik dan golongan rakyat mengutuk perbuatan ini.

Mahsiran berkata...

ini sungguh tidak disangka akan berlaku. Kenapa orang sekarang ini suka bertindak ikut perasaan sendiri. Tidakkah ini akan mengundang kekecohan.

Anak Sabah berkata...

Perkara ini perlu disiasat. Tapi saya rasa perbuatan ini adalah sama seperti kes melemper kepala babi ke Masjid. Semuanya hanya dilakukan untuk mewujudkan perselisihan faham dan pemusuhan antara kaum. Siasat, jangan tak siasat.

Tanpa Nama berkata...

ini mesti perbuatan golongan yang ingin melaga-lagakan masyarakt Malaysia. kenapa nak lakukan perkara sedemikian, menghina rumah ibadat agama Islam. mereka inilah yang patut diberi tindakan ISA kerana cuba mengugat keselamatan negara dgn menimbulkan permusuhan di negara kita.

Tanpa Nama berkata...

setakat ini masih belum dapat dikenalpasti siapa yang bertanggungjawab dalam insiden ini. oleh itu, PAS tidak patut menuduh pihak lain tanpa bukti yang kukuh. atau mungkin PR yang merancang semua ini untuk kepentingan politik mereka?

Hamdan Hadillah berkata...

tidak patut mereka yang buat perkara ini menyembah cat ke masjid. Ini sungguh melampau dengan kelakuan ini. harap pihak berkuasa cuba untuk menyiasat siapa yang melakukan perkara ini.

samm berkata...

tindakan menyimbah cat di surau amat tidak bertanggungjawab. ia boleh menimbulkan kesan yang tidak baik terhadap masyarakat. harap tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang bersalah.

Antanum berkata...

Siasat perkara ini, dan jika boleh sebelum siasatan dilakukan, jangan mengeluarkan pelbagai tuduhan kerana ini hanya akan menyebabkan berlakunya kekeliruan dan keadaan hanya akan bertambah buruk...

Paquin berkata...

Tak kira pakatan, ataupun siapa2 la... saya yakin ramai yang tak gembira akan isu simbah cat di surau. huhuuhu

Paquin berkata...

Napalah ada manusia yang sanggup buat perkara ni. Tapi tak mengapa Tuhan tu adil,pasti orang yang buat tu akan kantoi juga nanti.

Paquin berkata...

Tapi jangan pula kerana isu ni, rakyat di Malaysia bermasam muka.. Sabar ya, niar autoriti siasat hal ni dulu.

Paquin berkata...

Sebelum hal ni disiasat dan diperjelas janganlah mana2 pihak buat andaian -ve. Tak pasal2 hal ni bertambah buruk pula.

Paquin berkata...

Apapun, semoga hal ni dapat diselesai dengan baik bagi kebaikan semua pihak.