SUARA KEADILAN
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Sosialis DAP(Dapsy), Anthony Loke berkata keputusan Kabinet 11 Ogos lalu melarang pelajar universiti daripada bergiat dan menyertai sebarang parti politik hanya akan menyemarakkan lagi semangat mahasiswa tempatan untuk bangkit membawa perubahan politik pada pilihan raya umum yang ke-13 kelak.
Anthony memberi amaran Umno dan Barisan Nasional akan diberikan satu pengajaran yang lebih pahit oleh golongan muda daripada apa yang dialami semasa PRU-12 pada 2008 lalu.
Ahli Parlimen Rasah itu berkata langkah itu merupakan satu keputusan yang amat retrogresif dan mengecewakan aspirasi golongan muda khususnya pelajar di Institusi Penggajian Tinggi Awam (IPTA).
"Keputusan ini terus menafikan hak pelajar universiti tempatan dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak berpersatuan kepada setiap warganegara Malaysia.
"Keputusan Kabinet menunjukkan Barisan Nasional langsung tidak mendengar pandangan rakyat khususnya golongan muda yang ingin melihat Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan dan kebebasan akademik dikembalikan di kampus universiti tempatan," ujar beliau dalam satu kenyataan media.
Anthony yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, keputusan itu juga membuktikan Pemuda Barisan Nasional khasnya Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda MCA semakin hilang taring kerana suara mereka yang mendesak supaya pelajar universiti dibenarkan untuk menyertai parti politik langsung tidak diberi pertimbangan oleh kerajaan.
Malah katanya, suara Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang jelas ingin membawa perubahan berhubung dasar Auku juga tidak diendahkan oleh Menterinya sendiri.
"Dapsy akan terus mendesak supaya Auku dimansuhkan dan kebebasan pelajar universiti dikembalikan. Dapsy yakin bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan, agenda mendemokrasikan IPTA akan diberi perhatian yang serius dan kebebasan pelajar universiti termasuk menyertai parti politik akan dikembalikan," tegas beliau.
11 ulasan:
kita lihat ja pada pilihanraya umum nnti. bagaimanapun pelajar tak perlulah nak terlibat dalam politik, utamakan pelajaran dahulu.
ada baiknya larangan berpolitik ke atas pelajar. pelajar sepatutnya berusaha meningkatkan kualiti dan pencapaian akademik mereka dan bukannya ingin terlibat dalam politik pula.Universiti bukanlah pentas politik. mereka boleh aktif berpolitik bila dah habis belajar kelak.
hak berpersatuan tidak semestinya bermaksud hak berpolitik. bagi saya ini hanya tanggapan DAP supaya pelajar IPT bangkit menentang kerajaan. secara logiknya ibubapa menghantar anak mereka ke IPT untuk belajar, bukannya berpolitik. kalau pelajar dan pensyarah berpolitik, bukankah hancur etika serta nilai pendidikan di Malaysia? jadi PR mempunyai agenda jahat untuk menghancurkan pendidikan di Malaysia semata2 untuk kepentingan politik mereka.
mungkin DAP juga terdesak sehingga sanggup mengajak pelajar bergiat aktif dalam politik tanpa memikirkan kesannya kepada IPT dan juga pelajar.. kalau DAP beriya sangat, tunggu lah sehingga pelajar2 ini menghabiskan pengajian.
Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku)tidak perlu dimansuhkan. apa undang-undang yang telah ditetapkan itu tidak perlu diubah. Pelajar tetap tidak dibenarkan dalam politik. Mereka boleh berpolitik sekiranya telah tamat pembelajaran kelak. Sebagai pelajar sekarang tidak perlu untuk menyertai politik.
Tunggu dan lihat ja la next GE nanti. hehee
Setiap larangan atau kebenaran yang diberikan pasti ada sebab ba. So kalau da kena larang, ikut lah. Tunggu la lepas habis study baru fokus dgn politik. hehhee
Sepatutnya guru dan mahasiswa tidak wajar berpolitik.
It ok to ban. Besides, why do politics while still in Uni? it will only move forward to extremism.
Pelajar tidak payahlah melibatkan diri dalam politik. Ia hanya akan menjejaskan pelajaran.
Kalau pelajar mahu berpolitik juga, biarlah lepas habis pengajian.
Catat Ulasan