Ahad, 22 Ogos 2010

Ketua AMK saingan 3 penjuru

FREE MALAYSIA TODAY

LOGO PKR 1 PETALING JAYA: Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) mungkin menyaksikan saingan tiga penjuru dalam pemilihan kali ini.

Mereka ialah ketua sekarang Samsul Iskandar Md Akin; tImbalannya Feriz Musa dan ahli majlis pimpinan pusat (MPP) Badrul Hisyam Shaharim.

Bagaimanapun, setakat ini hanya Feriz yang menyatakan kesediaan bertanding ketua AMK.“Saya akan bertanding jawatan tersebut jika ahli melihat saya perlu berbuat demikian.

“Jika ada ahli AMK yang mahukan saya bertanding ketua, saya akan menerimanya.”

PKR akan membuat pemilihan secara langsung untuk semua jawatan membabitkan kira-kira 600,00 ahlinya dari seluruh negara.

Hanya dua pencalonan dari cabang (bahagian) untuk bertanding sebarang jawatan dalam PKR.

Pemilihan jawatan-jawatan utama akan di Kuala Lumpur, November depan.

Feriz telah menjadi timbalan Samsul sejak kongres parti di Seremban pada 2007.

Badrul ketika dihubungi dari Sarawak menegaskan beliau tidak akan membuat pengumuman tentang perkara itu.

Katanya, biar ahli yang membuat keputusan terhadap kedudukannya dalam pemilihan nanti.

“Saya tahu ahli sudah matang dan bijak membuat keputusan. Biarlah orang lain mengumumkan pendirian mereka tetapi saya tidak mahu berbuat begitu.

“Adalah lebih baik kita memberi tumpuan kepada pilihanraya umum dan negeri Sarawak yang bakal menjelang,” katanya.

Samsul pula memberitahu ketika ini beliau belum mahu mengumumkan sama ada mempertahankan jawatan ketuya AMK atau tidak.

Katanya, pemilihan lambat lagi dan akan mengumumkannya apabila tiba waktunya.

Tiada ulasan: