| Ismail Hashim |
| SHAH ALAM: Kerajaan Pusat didesak segera menunaikan janji mendirikan bangunan SJKC Tun Tan Siew Sin di Putra Height dekat sini seperti yang dijanjikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sejak 2006 lagi.
Mereka berkata, jarak sekolah berhampiran pun memakan masa seperti Sekolah Rendah Wawasan sejauh 10 km, Sekolah Menengah di USJ23 (6 km), Sekolah Cina Subang Jaya (16 km), USJ (12 km), Puchong (20 km) dan Petaling Jaya (30 km). Pengerusinya, Chong Thim Siew berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan mengenai desakan mereka di Seksyen 7, Putra Height, kelmarin. “Kami mendesak kerajaan pusat segera mendirikan bangunan sekolah ini agar dapat digunapakai pada sesi persekolahan 2012 kerana keadaan semakin mendesak. Kami mendapat maklumat, kebanyakan sekolah berhampiran juga telah padat untuk sesi 2011.
Beliau menambah, pada 8 Julai 2006, Hishammuddin mengumumkan akan mendirikan sekolah berkenaan di bawah Rancangan Malaysia ke 9 (RMK9) namun sehingga sekarang, tempoh RMK9 pun hampir tamat, namun tiada tanda-tanda sekolah itu akan didirikan. Pada pagi itu, ramai kalangan ibu bapa dan rakyat prihatin turut mendesak dengan menurunkan tandatangan mereka untuk dihantar kepada pihak berwajib dalam masa terdekat. Salah seorang yang ditemui berkata, ini isu pendidikan yang mesti diberikan kepada setiap rakyat negara ini, namun hingga sekarang meski ada lima tapak sekolah yang dicadangkan, yang ada hanya habuk sahaja. |
Rabu, 11 Ogos 2010
Jawatankuasa sekolah cina desak bina sekolah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan