Sabtu, 28 Ogos 2010

Anwar Lawat Sabah 28 Ogos

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan sehari ke sabah pada hari Sabtu 28 Ogos dengan mengadakan mesyuarat bersama pimpinan parti peringktar negeri.

Anwar dijangka tiba di Lapangan Terbbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 12.30 tengahari dan sejurus kemudian akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah di Papar.

Ini ikuti dengan program bersama rakyat pada pukul 4.00 petang di lokasi yang sama.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Jonathan Ghani, Ketua Umum akan menyentuh serta memberi penerangan mengenai beberapa isu politik mutakhir pada ceramah umum beliau.

Selain beliau beberapa pemimpin parti akan turut sama menyampikan ceramah termasuk Naib Presiden, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Datuk James Ghani.

Majlis berbuka puasa bersama rakyat akan menyusul selepas program ceramah tersebut diikuti dengan solat Isya', Tarawih dan Tazkirah di Masjid Al Mahabah, Kampung Muhibah di Putatan.

Program lawatan Ketua Pembangkang ke Sabah diakhiri dengan ceramah perdana di Kampung Rampaian, Sepanggar pada pukul 9.00 malam.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nmpaknya Anwar dtg ke Sabah ni nak meraih sokongan rakyat ni. buat yng terbaik sajalah.. tp BN tetap kuat di Sabah.

Unknown berkata...

Agree with you Supra. Rakyat knows better who is the best for Sabah.

Tanpa Nama berkata...

I quoted this from Free Malaysia Today..

"FMT also learned that Jeffrey has advised Anwar to postpone his scheduled visit to Menggatal, Putatan and Papar tomorrow to another date."

looks like he will not going to be there..Sabah punya bos doesn't like him to come here...

Tanpa Nama berkata...

PKR antara yang paling gembira menyambut kedatangan big bos mereka.. pasti ada isu selepas ini..

Sanih Alias berkata...

beliau datang ini cuba untuk menyelesaikan isu 12 orang parti yang menubuhkan PCS tersebut mungkin. Takut pemimpin diSabah berpaling tadah dari PR. Siapa suruh membuat tindakkan disiplin kepada mereka sehinggakan ketua PKR sabah rasa marah dan kecewa dengan keputusan PKR pusat.

azman berkata...

kedatangan Anwar ke Sabah, untuk mendapatkan sokongan rakyat Sabah. namun PKR Sabah sedang bermasalah sekarang ni. masalah yang melanda pasti menyukarkan PKR untuk mendapat keyakinan rakyat.

Mahsiran berkata...

Tidak perlulah untuk menghebohkan kepda orang ramai kedatangan Anwar ke Sabah. Bila terdesak baru mahu datang sini.

jsiput berkata...

What's the big deal about Anwar visiting Sabah??

Leo berkata...

He lawat or not lawat Sabah, I don't care...Its just Anwar, not any celebrity pun.

Bi berkata...

Semuanya berada ditangan rakyat dan hanya rakyat saja yang mampu mengubah...biar dia ulang alik tapi kalau hati rakyat sudah tawar, tawar juga la jawapannya.

Paquin berkata...

Saya tak noticed pun si Anwar ni lawat Sabah oo. hehee

Paquin berkata...

hahahhahahha Leo, betul oo kan.. kalau artis mungkinlah.. hehe

Paquin berkata...

Ya supra. Cakaplah apapun, yang pasti BN memang parti yang gah di sabah. hehe

Paquin berkata...

Konpom la tu maxi shenzi... tengok ja la nanti.. habis kain orang tu dorang p check. hahhaa

Paquin berkata...

Apapun, sebagai Sabahan yang baik kami alu-alukan juga lah kedatangan pelancong p Sabah. Tapi ingat jangan buat kempen pula nanti hilang mood Sabahan senyum. hehehe

Anak Sabah berkata...

Saya rasa mungkin kedatangan Anwar ini berkaitan dengan isu 12 ahli yang terlibat dengan Parti Cinta Sabah.