BERNAMA | ||
|
"Biar saya jelaskan...tidak ada arahan dikeluarkan oleh kementerian. Sudah ada pekeliling lama mengenai perkara ini.
"Jadi, apakah statusnya kini...mana-mana sekolah yang sudah ada persatuan-persatuan Buddha kah... Hindu...dia jalan terus (boleh teruskan)," katanya ketika diminta mengulas kekeliruan yang dikatakan masih timbul mengenai perkara ini berikutan laporan membabitkan Sekolah Tinggi Klang mengenai perkara ini baru-baru ini.
Isu itu menjadi kontroversi minggu lepas setelah sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa Sekolah Tinggi Klang telah membubarkan semua persatuan atau kelab agama bukan Islamnya berikutan arahan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
Muhyiddin berkata beliau tidak mahu apa-apa isu baru dicetuskan lagi daripada perkara ini.
"Saya sudah periksa dengan Ketua Pengarah (Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom)...Cuma di Selangor dia kata ada begitu, kerana ikut aturan, kalau nak (tubuh kelab agama), (perlu) mohon. Tapi kalau sudah sedia ada...sudah ditubuhkan...maka itu jalan terus. Tak menjadi masalah," katanya.
Terdahulu Muhyiddin melancarkan Karnival Usahawan Desa 2010 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, di sini hari ini.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan