Ahad, 11 Julai 2010

SABAHKINI.NET TERUS DISERANG PENGGODAM


Oleh: KREW SABAHKINI.NET


SETELAH diserang ‘Zombie’ Michael Chia Tien Foh, kini Sabahkini.net terus digodam (hacked) daripada pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Peranchis dan terbaru daripada Brazil sehingga sistem penyelenggaraan Sabahkini.net rosak teruk dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibaik pulih.

Operasi Sabahkini.net lumpuh kelmarin kerana pihak editorial dan webmaster masih bekerja keras untuk mengesan siapa yang mengupah para penggodam ini dan masih memperbaiki kerosakan yang dialami.

Pihak Editorial memohon maaf sekiranya Sabahkini.net tidak dapat dilayari ketika sedang diserang penggodam dan memerlukan kerjasama pembaca untuk memaklumkan kepada editorial melalui email Sabahkini.net @gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it sekiranya anda tidak dapat melayari Sabahkini.net dari semasa ke semasa agar kerosakan teruk dapat dihindar jika di peringkat awal serangan penggodam.

Sudah menjadi trend terkini mengupah penggodam jika gagal membeli laman web berkenaan termasuk juga kegiatan duplikasi nama web sebagai blog mereka untuk memperdaya pembaca mempercayai bahawa mereka juga adalah Sabahkini.Net atau laman sesawang yang sama.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya ada pihak yang cuba nak menjatuhkan Sabah kini. harap sabah kini dpt memperbaiki kerosakan yang ada pada sistem mereka.

Mahsiran berkata...

inilah penyalah gunaan kepakaran para IT.

mantra berkata...

sabah kini digodam dan sekarang muncul pla satu web baru iaitu Free Sabah Kini.

azman berkata...

harap-harap segala masalah dan kesulitan dapat diatasi dengan segera..

mantra berkata...

godam adalah satu jenayah siber, ia perlu dibanteras. harap sabah kini dpt selesaikan masalah ini dgn segera. ramai pembaca menantikan berita2 dari Sabah kini.

langsat berkata...

Diharapkan kerosakan teruk yang dihadapi oleh sabahkini.net dapat dibaiki semula.

sabahkini.net berkata...

sila ke http://sabahkinimirror.blogspot.com kerana laman utama Sabahkini.net terus digodam.

Brendan berkata...

sabahkini.net sudah berubah...dulu sangat kritikal terhadap kerajaan sabah...sekarang ni dah tak begitu kritikal, mungkin kerana takut didakwa atau disiasat....

apa2 pun, smoga sabahkini.net terus maju & terus maju!