Jumaat, 16 Julai 2010

Pendakwaan terhadap pembangkang pincangkan kestabilan politik dan ekonomi

MERDEKA REVIEW

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) memberi amaran bahawa serangan sistematik Kerajaan terhadap pihak Pembangkang dan musuh politik secara umum mengganggu demokrasi, kestabilan politik dan ekonomi Negara.

BERSIH 2.0 ingin menegaskan bahawa serangan baru-baru ini terhadap media pembangkang dan dan pendakwaan terhadap beberapa individu di dalam pembangkang yang menyalahgunakan apparatus kerajaan sejak 2008 tidak selaras dengan pilihan raya bebas dan adil.

Sekiranya warganegara merasakan bahawa demokrasi pelbagai parti yang mula menarik perhatian ramai selepas pilihan raya 2008 mula merosot, Negara akan menjadi huru-hara, menggusarkan keyakinan pelabur dan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi.

BERSIH 2.0 ingin menekan bahawa kerajaan demokratik yang yakin dengan kesahannya akan menghormati setiap undi warganegara merangkumi pelbagai pandangan yang sedia ada; lebih-lebih lagi sekiranya Negara seperti Malaysia di mata dunia yang menyokong agenda hak asasi manusia dengan keahlian Negara ini di dalam Majlis Hak Asasi Manusia.

Ketiga-tiga organ media utama pihak pembangkang - Suara Keadilan, Rocket dan Harakah, menghadapi kemungkinan untuk diberhentikan operasinya. Sebelum ini, hasil kerja pelukis kartun politik, Zunar juga diharamkan.

Kesemua yang dinyatakan telah menggugat pilihan yang dibuat sewaktu pilihan raya lalu di mana semua ahkbar arus perdana dan saluran televisyen dikawal ketat kerajaan melalui pemilikan mahupun penapisan (censorship).

Rakyat juga amat terkejut, bila mana sejak 2008, pihak-pihak pembangkang ditekan dengan pelbagai cara; Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terpaksa melalui perbicaraan Sodomi II, kematian misteri Teoh Beng Hock, pembantu ahli politik semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama 11 jam sehinggalah penahanan Badrul Hishan Shaharin, ahli politik di bawah Akta Hasutan.

BERSIH 2.0 ingin memperingatkan bahawa rakyat Malaysia tidak mudah untuk ditipu dan dicucuk hidung. Banyak lagi yang boleh dicapai oleh Kerajaan dan untuk Negara, sekiranya mereka berpegang kepada kedaulatan undang-undang serta prinsip demokrasi.

Kerajaan sepatutnya mengambil iktibar dengan ungkapan Aung Sang Suu Kyi, bukannya kuasa yang korup tetapi ketakutan itu. Ketakutan dalam kehilangan kuasa mengkorupkan sesiapa yang memenggalnya.

Sekiranya perkara-perkara sebegini berterusan, ia akan menuju ke arah satu kesimpulan bahawa kita sebenarnya tidak ada beza dengan Negara-negara lain yang tidak percaya kepada demokrasi walaupun seperti apa yang kita bangga-banggakan di arena antarabangsa. Seluruh rakyat Malaysia yang patriotik mestilah hentikan perkara ini menular dengan serta-merta.

*Kenyataan media oleh Ambiga Sreenevasan selaku Pengerusi BERSIH 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil).

Tiada ulasan: