BERNAMA | ||
|
Beliau berkata, meskipun usul itu yang dikemukakan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail diluluskan dalam sidang DUN Selangor hari ini, tetapi ia dilihat tidak memberi sebarang makna kepada usaha kerajaan negeri yang ingin mewujudkan kebebasan dalam jawatankuasa itu, sebab hanya dianggotai seorang lagi ADUN BN dari Semenyih, Johan Abdul Aziz, manakala lima lain adalah daripada Pakatan Rakyat.
"Jadi bagaimana pengerusi PAC baru ini boleh melaksanakan tugasnya dengan baik kerana komposisi ini akan sudah pastinya mewujudkan kekangan dalam membuat sesuatu keputusan.
"Sepatutnya PAC negeri haruslah diwakili dua ADUN dari Pakatan Rakyat dan lima ADUN BN selaku pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan dewan itu hari ini.
Khir menghadiri persidangan DUN setelah tempoh penggantungan selama setahun sejak Julai tahun lepas tamat hari ini.
Julai tahun lalu, Khir yang juga ADUN Sungai Panjang, dikenakan tindakan itu kerana mengkritik pelaksanaan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).
Terdahulu, ketika membahaskan usul pelantikan itu, Shamsuddin berkata sekiranya kerajaan negeri mahu melakukan perubahan dalam pentadbiran Selangor, ia seharusnya dilaksanakan secara berkesan.
"Maka untuk berkesan, kita kena ada pasukan bebas yang ramai pembangkang (BN)," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan