Isnin, 8 Oktober 2018

LIWAT: SAYA TAK SERANG ANWAR- SAIFUL

Wartawan Watan-Online
 



Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Saiful Bukhari Azlan menegaskan yang beliau tidak menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila membicarakan kes liwat ketika berkempen.

Beliau berkata, isu liwat yang dibangkitkannya ketika kempen adalah bagi menjawab pertanyaan pengundi Port Dickson.

“Bila saya turun ‘walkabout’ ataupun ceramah berkelompok itu yang mereka tanya dan ingin dengar daripada saya, jadi saya menjawablah pertanyaaan mereka.

“Dalam SOP ceramah saya, kita bukan saja ceramah, tetapi kita buka soalan untuk mereka bertanya…jadi, kebetulan pada sesi q&a (soal jawab), mak cik nik bertanya, jadi saya kena jawablah.

“Kalau tak jawab tak boleh, benda ini tertutup saya ingat tidak ada wartawan, sekali ada wartawan,” katanya ketika program Sembang Watan Online.

Sebelum ini, media melaporkan Saiful menegaskan yang beliau sudah tiga kali bersumpah laknat bagi membuktikan dakwaan membabitkan kes liwat beliau dengan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) itu.

Perkara itu dibangkitkan Saiful ketika ceramah kelompok apabila seorang wanita mahu mendapatkan kepastian mengenai isu berkenaan.

Saiful ketika hari penamaan calon PRK Parlimen Port Dickson berjanji untuk tidak menyerang peribadi Anwar ketika berkempen.


Tiada ulasan: