Selasa, 14 Mac 2017

Perlekeh Korea Utara: Raja Bomoh Letak Nyawa Rakyat Malaysia Dalam Bahaya

Suara Kebenaran




Tindakan Raja Bomoh (yang menjadi pilihan pemimpin-pemimpin UMNO untuk menang pilihanraya), memperolok-olokkan kekuatan tentera Korea Utara dengan upacara mistik melibatkan buah kelapa dan meriam buluh, boleh meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam bahaya, menurut seorang pemimpin kanan PKR.

Mana mungkin berpuluh-puluh kapal selam, beribu-ribu jet pejuang, kereta kebal, artileri, pelancar roket dan peluru berpandu milik tentera Korea Utara, jika perang meletus, dapat dihalang dengan buah kelapa dan meriam buluh sahaja?

Sudah tentu upacara ini tidak lain dan tidak bukan untuk merendah-rendahkan kemampuan Korea Utara, malah boleh ditafsirkan sebagai  mencabar negara komunis itu untuk menyerang negara kita.

Berdasarkan analisis pakar-pakar pertahanan seperti yang dikongsikan dengan portal ini minggu lepas, jika perang meletus antara Korea Utara dan negara ini, kita akan tumpas dengan mudah kerana kekuatan tentera kita tidak setanding dengan Korea Utara.  Dari segala segi, kekuatan ketenteraan kita adalah jauh lebih sedikit jika nak dibandingkan dengan Korea Utara.

Tidak ada kuasa di muka bumi ini yang boleh membantu negara kita untuk selamat dari penjajahan oleh Korea Utara.  Kalau dengan kekuatan tentera pun tidak terlawan, “dengan apa cara kuasa Raja Bomoh boleh menandingi kekuatan tentera Korea Utara setakat menggunakan jampi, buluh dan buah kelapa?”, kata pemimpin PKR yang berkenaan lagi.

Tiada ulasan: