Sabtu, 12 Mac 2016

Tabung Takwa ditubuh untuk atasi kos sara hidup pemastautin Subang

 DALIA ISMAIL


Halimaton merasmikan penubuhan TakwaHalimaton merasmikan penubuhan Takwa


Ketika situasi ekonomi global yang tidak begitu memberangsangkan tahun-tahun kebelakangan ini, ia bukan satu alasan untuk menyalahkan mana-mana pihak ekoran kelembapan ekonomi dalam negara.

Apa yang perlu dilakukan oleh semua pihak adalah berusaha untuk meringankan bebanan yang bakal dirasai oleh semua pihak. Itulah yang dilakukan oleh Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah Bohan untuk anak buahnya.

Halimaton ketika menerangkan programTakwaHalimaton ketika menerangkan programTakwaJusteru itu, melalui Koperasi Wanita Subang Selangor Berhad, beliau  mengambil inisiatif menubuhkan Tabung Amanah Komuniti Subang (Takwa) antara salah satu  produk terkini  koperasi itu.

Tujuan diwujudkan Tabung Takwa adalah untuk membantu  ahli  koperasi dan penduduk di bawah Parlimen Subang untuk  menabung dan menambah pendapatan keluarga menerusi Takwa.

Pra pelancaran Takwa telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Halimaton  yang dihadiri kira-kira 100 ahli koperasi  di bawah Parlimen Subang baru-baru ini.

Halimaton selaku Pengerusi Koperasi Wanita Subang Selangor, mencetuskan idee ini untuk  merubah lanskap perniagaan berbentuk konvensional ke arah perniagaan yang berdaya maju serta menjanjikan faedah untuk ahli koperasi.

“Tabung Takwa ini berteraskan  perniagaan, kebajikan dan tabungan kepada ahlinya dalam  menangani kos sara hidup yang tinggi, sebahagian masyarakat yang mahukan kaedah terkini yang dapat dikongsi untuk meringankan beban  mereka.

“Tabung ini bukan sahaja untuk ahli koperasi tetapi turut terbuka di kalangan pemastautin di Parlimen Subang, ” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Difahamkan ahli Tabung Takwa akan mendapat faedah berbentuk tunai perkahwinan, kelahiran, insentif kecemerlangan pendidikan, program penulisan wasiat, perlindungan insuran, skim kelompok khairat kematian dan tabungan masa.

Agen yang sah akan dilantik oleh koperasi untuk mencapai sasaran 5,000 ahli pada 28 Februari 2016 ini,  melalui penyertai ahli koperasi dan pemastautin di bawah Parlimen Subang yang berusia antara 18-65 tahun dan warganegara.

Bakal peserta hanya perlu membayar serendah RM50 dan akan  mendapat faedah serta insentif yang ditawarkan dalam Tabung Takwa ini.

Koperasi mendapat kerjasama daripada Agro Bank, Amanah Raya Berhad dan Beltec Oils Resources sebuah syarikat konsultan  dilantik oleh koperasi untuk mengerakkan Tabung Takwa ini di dalam Parlimen Subang.


Antara peserta koperasi yang hadir di majlis pra pelancaran. Antara peserta koperasi yang hadir di majlis pra pelancaran.

Tiada ulasan: