Khamis, 31 Mac 2016

Lima ahli perniagaan ditahan berkaitan seleweng dana MARA RM2.5j

 
Siasatan adalah berkaitan pemalsuan dokumen sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain.


mara,seleweng


PUTRAJAYA: Lima ahli perniagaan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini berhubung penyelewengan dana dan pemalsuan dokumen sokongan bagi mendapatkan pembiayaan perniagaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), bernilai RM2.5 juta.

Berita Harian Online hari ini melaporkan, perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, kelima-lima lelaki berbaju lokap jingga itu tiba di perkarangan mahkamah di sini, secara berasingan menaiki dua kereta pada jam 9.55 pagi dengan diiringi polis.

Mereka berusia antara 38 hingga 48 tahun, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 9 malam tadi, di sekitar Lembah Klang.

Difahamkan, modus operandi digunakan adalah memalsukan dokumen sebelum menyeleweng dana yang diluluskan untuk tujuan lain.

Sumber berkata, pembiayaan yang dimohon bernilai antara RM200,000 hingga RM350,000 membabitkan sembilan syarikat.


Tiada ulasan: